Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sekali tengok macam tak percaya. Dua kali tengok pun tak percaya lagi. Tiga kali tengok, saya dah 24 tahun ke??? (Tepuk dahi jap). Huhu. Today is 30 December 2010. My 24th birthday. Saje potong nombor tu dengan harapan 2 bole tukar jadi 1. Hehe.
Kalo dalam kalendar Islam, saya lahir hari Selasa, 27 Rabiulakhir 1407H. Dah lame rupenye saya hidup kat bumi bertuah ni. Alhamdulillah, syukur sebab masih bernafas dan cukup segala sifat, jari tangan kaki kiri kanan cukup lima, hidung, mata, telinga ada lagi tiada cacat cela.
Terima kasih ibu yang mengandung, menjaga, mendidik, membesarkan saya sejak dari dalam rahim lagi. Terima kasih ayah yang selama ni susah payah mencari rezeki untuk sediakan keperluan yang terbaik sampai saya bole berdikari, dan sekarang, saya bole berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih ayah, kerana rotan yang bengkok itu lah, saya sampai tahap ini. Sampai akhir hayat pun saya tak mampu nak balas segala jasa dan pengorbanan mereka berdua walaupun dengan wang ringgit yang banyak, rumah yang besar. Tak ternilai nak dibandingkan dengan semua tu. Sebagai anak, tiada lain yang saya pohon selepas solat melainkan kesejahteraan kedua ibu bapa saya.
"Tidak akan terputus rezeki seorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari."
"Ya Allah Ya Tuhanku. Segala pujian bagi-Mu, pemelihara sekalian alam, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Merajai Hari Pengadilan. Ampunilah dosa2 kedua ibubapaku, berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat, panjangkan usia mereka, berikan kesihatan serta murahkan rezeki mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya serta lindungilah mereka di bawah kekuasaan-Mu. Amin."
Selagi jasad belum kaku dikambus tanah, selagi nafas masih berhembus, selagi akal mampu berfikir, selagi nadi masih berdenyut, saya akan berikan yang terbaik kepada orang-orang yang saya sayang dan berusaha untuk menggembirakan mereka. I love them all so much...