Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama tidak update..

Sudah tiga hari tido pukul 3 pagi. Berusaha bermati-matian menyiapkan segala kerja. Mata saya dah jadi macam mata panda. Panda lagi comel kot. Huhu...

Waiting a reply on the matter as soon as possible as it would help me to breathe better if the deadline is not this Monday
.
.
.
Suddenly got a reply :

Actually we decide to push the due dates of the FINAL draft to the last week of the semester, that is 2 June, Friday 12pm. This deadline is non-extendable. BUT since the school holidays will start at the same time and most of you (and us too) may have made prior arrangements the due date will start from 25/5. The presentation dates will be during the Study Leave week I.e. 4-8 June.


The existing due dates (7/5 - 11/5) is transformed to be the progress report due date. You need to show to your supervisors only and they will verify whether you can proceed to present. 


If you cannot make it on these week then pls let me know soon. We are thinking of making the Diss 3 on 4-5 July.

Syukur Alhamdulillah. Saya akan siapkan tapi......
Saya nak tido sekarang... Sangat mengantuk.. Sakit kepala yang amat


 
I'm 25 today!!!


I'm not a perfect person. I'm just an ordinary person who seek for joy and happiness. Sometimes I can't satisfy all people all the time.

In life, everything happens for a reason. Same goes with me. There's a reason for everything I've done.

I know what I'm doing right now. Frankly, I'll tell when I'm ready. Just give me some space and a piece of time.

I realize that...
.
.
.
.
ITS ALL IN GOD'S HANDS


p/s : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu. Dia Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri pertama di bulan Oktober disebabkan kurang rajin nak update. Huhu.. Tajuk entri ada kaitan dengan cerita di bawah. Teruskan membaca :)

Last weekend, 15-16 Oktober lepas saya bersama-sama rakan ofis telah ber"team building" di TM Training Center (TMTC) Taiping. Kedatangan kali kedua ke TMTC membuatkan saya terkenang memori 1 Julai 2009 lepas ketika berkursus induksi selama tiga minggu sebelum memulakan khidmat sebagai kuli TM.


Main entrance TMTC

 
Sepanjang dua hari tu, memang padat dengan aktiviti outdoor yang memang menguji kesabaran, semangat, dan sewaktu dengannya. Bermula dengan sesi ice-breaking dan  seterusnya 10 kumpulan menunjukkan kehebatan dengan War Cry masing2 termasuk kumpulan saya.

Bergambar ramai2 selepas acara perasmian

 
Seterusnya, aktiviti Amazing Race petang Sabtu yang memerlukan kami untuk menjawab soalan berpandukan check point yang diberikan. Dengan berjalan kaki selama dua jam lebih mengelilingi bandar Taiping include Taiping New Club, War Cemetery, Zoo Taiping and Night Safari, Bukit Larut, dan macam2 lagi (Actually masa induksi, kena jawab soalan yang sama tu jugak. Disebabkan storage sikit, RAM slow, short term memory, semua jawapan tak hengat. Huhu. Sila abaikan).

Aktiviti malam - Compass Orienteering. Kami diberikan kompas, peta, clue, dan bearing untuk mencari check point yang telah ditetapkan. Agak berpeluh jugak berlari2 dalam kawasan TMTC tu semata2 untuk mencari check point.

Aktiviti pagi Ahad dimulakan dengan senaman regangan. Sebabnya, lepas breakfast, kami kena mendaki Bukit Larut menggunakan laluan trek yang ada (Tak sah datang Taiping kalo tak panjat Bukit Larut). Kali pertama saya mendaki Bukit Larut dengan laluan jalan tar yang banyak selekoh + agak curam masa induksi. Kali ni laluan trek yang memang cantas (memang potong banyak jalan). Mula naik jam 9.10 pagi dan sampai jam 10.10 pagi. Turun semula jam 10.30 pagi ikut laluan jalan tar, sampai pada jam 12 tengah hari. Sakit kaki, kejang otot tu jangan cerita. Huhu...

On the way ke Bukit Larut


Selepas itu, semua berkumpul untuk majlis pnutup dan penyampaian hadiah. Kumpulan saya menang "War Cry" Terbaik. Kumpulan saya, Ohsem dengan trademark kumpulan Aumm Aummm :)

Dah nak tutup cerita, baru nak kisah tajuk entri.....

OHSEM diambil dari perkataan Awesome :)


Walaupun kumpulan kami 10 orang, kumpulan yang paling sedikit, tapi paling penting semangat Aumm Aummm itu. Hehehehe....

Terima kasih group OHSEM atas kerjasama, komitmen, curahan tenaga, idea, kreativiti, dan paling penting semangat berpasukan.

Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi… H.O.T.T.O.G.O Aumm!!!


p/s : TMTC - left with memories and footprints. Sampai KL rasa sakit2, lenguh2 satu badan. Tiba2 terfikir "Kalo dapat mesin urut OSIM ke, OGAWA ke, mau layan ni. Kena cepat2 kawin, baru ada tukang urut free :)"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today is my third kakak's birthday :)

To Jauharatud Yani Ahmad...

Happy 25th birthday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kamu dan baby in your tummy selamat dan sihat sejahtera selalu. May all your wishes come true. Amin...

To Sheila Sherima Mohd Sabri, Aini Ahmad, Jauharatud Yani Ahmad, hope our friendship will last forever. I love all my bestie.


p/s : Saya dah nak jadi AUNTIE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lihat tajuk sudah cukup menggambarkan ape yang saya rasa ketika ini. Pagi2 saya sudah rasa sangat geram yang amat ditambah dengan ketidakselesaan perut membuatkan muka saya agak kelat pagi tadi. Disebabkan hari ini ialah hari jumaat, saya telan semua dengan kesabaran. Sabar itu sebahagian daripada iman. Remember that quote.

Benda yang saya paling tidak suka buat ialah "BUAT KEJA DUA KALI". Saya fikir benda tu seperti buang masa dan tenaga. Mengulang membuat keja yang sama amatlah tidak saya gemari. Utilize existing resources. Gunakanlah semaksimum mungkin. Repeat the same thing again and again. Kadang2 rasa menyampah jugak. Huhu.

Pujuk2 hati "bukan lama lagi pun kat sini". Berharap sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan peluang. Amin... 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

This entry dedicated to you...

Happy birthday to you!!!

I sincerely wish you success in everything you do, good health and happiness in life.
May Allah bless you in every step you pace. Aminnn...


p/s : Sila claim kek betul2 nanti :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam 10 Syawal...

Entri pagi ni dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini, diumumkan bahawa saya

.
.
.
.
.
.
.
.

 telah tamat lesen "P" dengan jayanya. Hari ini saya bertukar ke lesen CDL. 


 
Tiada lagi "P". Hehehe...


p/s : Sudah nampak bayang2 tayar 4... Apakah???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suda bersawang ini blog rupanya dek kerana kemalasan tuan blog untuk hupdate. Sebelum bulan puasa, entri ni tak lain cerita pasal makanan je la.

Rabu lepas saya tengok 360 degree kat TV3. Cerita tentang aiskrim. Sentap hatiku melihat aiskrim yang macam2 jenis. Sampai sudah tak dapat lagi. Huhu. Tambah2 lagi Cik Leya cerita dia pegi Fruitland semalam. Lagi la hatiku sentap entah kali keberapa mendengar dia bercerita tentang kesedapan aiskrim kat sana (nangis dalam hati).

Sedapnye...



Baskin Robbins - Chocolate Mousse Royale
        



Tutti Frutti - Perasa coklat pun terbaik



Haagen-Dazs - Ni pernah rasa sekali je + mahal


 

Ice Room, Taman Shamelin Perkasa, Cheras



Fruit Land - Jusco Balakong, Jusco AU2, IKEA


Hoho. Dua2 ni tak pernah jejak lagi (sedang menyimpan cita2 nak pegi). Haishh, selera besar nih...


*** Picture credit to En Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir setiap malam, cerita mengenai bersih disiarkan dalam berita. Kalau tak cerita berkenaan bersih, mesti cerita berkenaan felda. Faham2 je la ye dah nak dekat PRU ni kan.

Nasib saya baik sebab dah plan nak balik kampung minggu ni. Kalau tak, kena kuarantin kat rumah sewa tu, patah kaki la jawapnye. Huhu.

Jadi, siapa2 yang ada kat KL, please alert dengan jalan2 yang dah ditutup...

Lebuh Ampang
• KLCC
• Bank Negara
• Dataran Merdeka
• Sogo
• Chow Kit
• Menara Sultan Ismail
• Masjid Negara
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ipoh
• Sentul
• Jalan Tuanku Abdul Rahman
• Jalan P.Ramlee
• Jalan Bandar
• Subang Jaya ( berdekatan Kolej Segi )
• Sunway Pyramid dan Subang Parade
• Lebuhraya Federal
• LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
• The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan


Harus menjaga diri dengan baik. Semoga hari esok berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

p/s : Yeay2. Nak balik kampung!!!

Two

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today -> first day of July 2011...

Terasa sekejap masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah dua tahun keja kat sini. Tempat yang memberi rezeki selepas tamat praktikal 19 Jun 2009.

Hati mula rasa nak cari keja lain. Masuk manufacturing/production company balik? Mungkin. Tapi kena fikir kesan baik buruk keja dalam environment macam tu if nak stay dalam jangka masa panjang. Goverment pulak still tunggu result. Ada rezeki dapat la.

Masih menuggu + mencari peluang lain...........

Terima kasih TM kerana beri saya  peluang keja dua tahun lalu dengan pointer cukup2 makan. Dapat rasa duit bonus, dapat rasa revise gaji tahun 2010, dapat rasa increment tahun ni. Next revise gaji??? Ada jugak dengar2 cite. Kalo betul, syukur alhamdulillah.




p/s : Saya tetap sayang TM. Cinta pertama saya. Hehehe...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah ini sekadar perkongsian. Harap membuatkan kita lebih berfikir. Ambil yang baik dari cerita ini...




Sesiapa yang menggunakan LRT sebagai pengangkutan harian seperti saya akan familiar dengan papan tanda seperti kat atas ni. Bukan saja LRT, Komuter, ERL, dalam bas pun ada papan tanda ni sebagai peringatan kepada orang ramai.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita, kisah ni berlaku petang semalam (hampir pukul 7 petang) ketika saya pulang dari tempat kerja. Memandangkan hanya satu stesen saja dari Kerinchi ke Universiti, perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama. Nasib saya baik kerana tren 4 koo, dan orang tidak seramai ketika pagi (waktu orang keluar bekerja) walaupun semua tempat duduk penuh.

Sewaktu pintu tren terbuka, saya lihat seorang perempuan sarat mengandung sedang berdiri dengan memegang pemegang yang tergantung pada besi dihadapan pintu tren. Mengapa dia harus berdiri dalam keadaan seperti itu???

Mata saya terus melihat dua orang perempuan yang sedang asyik berbual dihadapan perempuan yang mengandung itu. Terus hati saya berbisik :

"Macam mana perempuan yang sedang duduk itu bole bersembang, riang bergelak ketawa sedangkan dihadapan mereka ada seorang perempuan yang lebih memerlukan tempat duduk? Tiada perasaankah mereka2 ni? Tidak nampak? Tidak sedar? Sedangkan jelas di hadapan mata mereka keadaan perempuan yang sarat mengandung tu."

Mahu saja saya menegur mereka berdua itu tapi disebabkan tren sudah sampai stesen Universiti, saya hentikan niat tersebut. Sebelum pintu tertutup saya sempat menoleh ke arah dua perempuan itu. Saya tahu salah seorang sedar yang saya memerhatikan mereka.

Sewaktu pintu tren tertutup, saya terlihat pula seorang pakcik tua sedang berdiri. Rasa sedih kerana manusia2 di dalam tren itu tiada kesedaran langsung.  

Whenever you get up and offer your seat to to the elders, pregnant woman, disabled people on the LRT, you get glared at.

Budi bahasa budaya kita. Putting it up on banners everywhere MUST mean its true. Kita tidak akan rugi apa2 jika kita mengamalkannya dalam kehidupan. Orang akan lebih hormat kepada kita. Jangan sekadar rupa saja elok, perangai harus elok juga ye.

Tujuan entri kali ni bukan untuk mengeji, mengutuk, jauh sekali untuk memalukan sesiapa. Tetapi sebagai peringatan untuk kita semua.

p/s : Ambil yang baik buang yang buruk. Renung2kan...

MLM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada mulanya, saya tak tau tajuk apa yang harus saya letak untuk entri kali ni. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah berkenaan dengan Multi Level Marketing (MLM). Entri kali ni agak serius memandangkan perkara ini kerap terjadi kepada saya sejak dari zaman belajar lagi.

Rasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan MLM kerana dua hari berturut2 saya berhadapan dengan perkara ni. Malam isnin lepas, housemate saya diterjah oleh rakan sekolahnya yang tiba2 mengajak keluar untuk berjumpa dan seterusnya promote untuk menyertai ***L yang merupakan salah satu rangkaian perniagaan MLM.

Walau bagaimanapun, pelawaan tersebut telah ditolak secara baik disebabkan housemate saya pernah terlibat dengan ***O, sejenis perniagaan MLM ketika zaman belajar dahulu. Seperti yang diceritakan oleh housemate saya, masa, wang, tenaga banyak dihabiskan. Ada kejadian sehingga dia bergaduh dengan kakak dan ibunya sendiri setelah menyertai perniagaan itu, sanggup tidak balik ke rumah berbulan2 lamanya, dan ada satu ketika sampai membuatkan ibunya menitiskan air mata dihadapannya sendiri. Akhirnya, dia berhenti jugak dari perniagaan itu.

Semalam, di ofis ketika lunch break, saya di promote pula untuk menyertai **U****. Deria rasa keenam saya kuat mengatakan perjumpaan tengah hari semalam "bersebab". Dari dulu sampai sekarang, mind set saya sudah meletakkan "No" kepada sebarang jenis perniagaan ini. Modus operandi atau pelan pelaksanaan tetap sama iaitu menggunakan barang sebagai alat walaupun mereka kata berbeza dari MLM yang lain dari segi formula dan strategi.

Entri kali ni bukan untuk mengecam atau mengutuk jauh sekali untuk memperkatakan yang buruk2 berkenaan MLM ni. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza yang bole diekspresi dari pelbagai sudut dan aspek yang tersendiri. Bagaimana kita hendak menginterpretasi pandangan tersebut? Tepuk dada, tanya hati. Pada saya, definitely saya akan cakap "TIDAK" kepada sebarang bentuk perniagaan ini. Saya bole mendengar dan menerima promoter bercerita tentang barang mereka tetapi untuk menyertai, tidak sama sekali.

Saya tidak mengatakan MLM itu tidak baik atau tidak bagus. Tapi ia melibatkan kesungguhan dan cara anda untuk meyakinkan orang lain. Jika promoter datang kepada saya dengan pelbagai soalan yang perlu saya jawap, saya akan membalas balik dengan pertanyaan sebagai menjawab persoalan tersebut.

Tidak kira apa jenis perniagaan yang hendak dijalankan, janganlah ada unsur2 perjudian, penipuan, penindasan, dan riba. Jika beroleh keuntungan yang banyak sekalipun tidak bermakna andai tiada keberkatan. Keuntungan yang diperoleh seharusnya dari hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kunci ketenangan dan kebahagiaan ialah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Walaupun saya tidak belajar di oversea, tidak sekaya founder Microsoft, Bill Gates, matematik tidak segenius Adi Putra, muka tidak secantik Miss Universe, tidak sehebat CEO Dell Inc, Michael Dell, tapi  Alhamdulillah, syukur atas segala pemberian-Nya...

p/s : Just my two cents...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni adalah minggu stress dengan keja. Dah nama pun keja, sampai bila2 cakap pun memang tak kan habis. Saya pun manusia yang kadang2 lemah pada perasaan sendiri, gagal mengawal perasaan sampai lupa berlaku adil untuk meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya (Tak pasal2 orang lain jadi mangsa. Huhu).

Jadi salah satu cara saya untuk meredakan stress selain menangis ialah dengan melihat gambar2 kat bawah ni sambil berangan bila la nak dapat. Ni semua terapi mata dan minda untuk saya :


Sony Xperia X10


iPad 2


Ford Fiesta

Semua ni menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih berdedikasi. Huhu. Tapi saya tau semua ni dunia je. Yang penting sebagai manusia kita kena tau bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak. Macam tiga2 kat atas tu semua kehendak je. Manusia memang tak pernah rasa puas dengan apa yang dia dapat. Normal la kan. Menunjukkan manusia tu ada nafsu. Tapi nafsu bole di kawal dengan menggunakan akal. Jadi sila gunakan dengan sebaiknya.

Paling penting jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada duit banyak sekalipun belum tentu hati kita tenang, belum tentu menjamin kebahagiaan, dan paling penting duit bukan bole beli kasih sayang. Renung2kan dan selamat beramal :)


p/s : Tak sabar nak balik kampung. Tinggal 3 jam lagi masa untuk bekerja. Harus menyiapkan apa yang patut sebelum bercuti. 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hmmmmmm, kesahnya......

2 hari yang hetic sampaikan makan tak lalu, balik keja lewat, sampai rumah mandi solat terus boomm... Tido.

Makan? Ada saya kesah?

Saya tau saya tak pernah kesah. Saya tau kamu semua pun tak kesah. Sedangkan kesah saya pun kamu tak kesah. Inikan pula saya nak kesahkan kesah saya yang kesahnya belum tentu kamu kesah. Lagi la saya tak kesah. (Apakah yang saya sedang merepek ni? Hadoi)

Confirm saya perlukan sedos suntikan semangat. Mana mau cari? Meh tiup2. Fuhh fuhh datanglah semangat. Huhu.

Selera... Ke mana kamu lari? Saya mahu kejar kamu semula.

Hopefully esok selera saya kembali normal.


p/s : Today is a Friday!!! No work tomorrow no work tomorrow!!! Esok nak bangun lambat. Ada saya kesah? Huhu...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lately, banyak cerita keluar pasal simbah2 asid ni. Seriau dengar. Huhu. Kesian orang kat bawah ni, salah seorang mangsa.


Dilaporkan mangsa terbaru dikatakan ialah seorang anak anggota polis yang di simbah asid di Seksyen 10, Wangsa Maju pada jumaat lepas.


Berikut adalah kronologi mangsa simbahan asid :

1. 2 Mac - Lapan orang murid Tahun 4, Tahun 6, dan seorang guru di SK Bukit Bandaraya, Jalan Bangkung, Bangsar menjadi mangsa simbahan asid oleh penunggang motosikal.


2. 24 Mac - Dua orang Pegawai Pemasaran disimbah asid di Jalan Tun Sambanthan jam 5.30 petang.


3. 25 Mac - Seorang guru Sejarah berusia 25 tahun, diserang dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Sultan Abdul Samad pada jam 7 pagi. 


4. 26 Mac - Seorang warga asing bersama pasangannya menjadi mangsa ke 13 dan 14 di Jalan Conlay sekitar jam 3 petang. 


5. 2 April - Di Jalan Mantin, Negeri Sembilan, seorang wanita berusia 27 tahun bersama anak saudaranya yang berusia 18 tahun diserang pada jam 9 malam. 


6. 6 Mei - Dua wanita disimbah asid berdekatan Jalan Pudu Lama pada jam 9 malam.


7. 6 Mei- Tiga minit kemudian, seorang peguam wanita diserang di parking lot berdekatan The Mall di Jalan Putra.


8. 7 Mei - Seorang wanita bersama anaknya yang berusia setahun diserang ketika berdiri di halaman rumahnya di Persiaran Titiwangsa pada jam 3 petang.



We don't want this happen to our beloved ones right???


So girls out there, sentiasa beringat dan berhati-hati...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Huh, semalam memang menguji kesabaran saya. Dari pagi sampai petang, saya berkampung di Taman Desa untuk SIT projek. Takde maknanya saya nak pi sorang2. Pegi kena berteman. Huhu (thanks bro sebab teman selepas di paksa oleh saya). 

Sampai2, bole pulak system owner takde. Pegi Langkawi katanya. Sibaik assistant dengan vendor ada. Mana taknye, ni kali kedua datang untuk buat benda yang sama. The first one tak bole execute sebab tak ready + ada program change. Second time ni, kalo tak ready lagi, tak tau la nak cakap ape. Huhuhu.

Bila semua dah ready, data sudah load, tibe time untuk execution. Yang geramnya, dua dari tiga test script fail. Error dari our side. Bos pulak duk tanya2 (stress di situ lagi). Kejadian tu berlaku bukan disebabkan salah kami. Malu dah nak hadap muka vendor depan mata ni. Tak tau dah nak letak muka kat mana ni. Terpaksa memberi jawapan diplomatik. Huhu. Kalo tak siap hari ni, mau kena datang lagi Taman Desa ni untuk kali ketiga buat benda yang sama (saya tak nak!!!).

Lepas semua error dah dibetulkan, buat fully test sekali lagi petang tu. Finally, 3.30 baru settle semua. Rasa lega di situ. Dah bole balik dengan hati yang tenang.

p/s : Thanks bro. Saya tak kan lupe kejadian di traffic light putrajaya + time menunggu erl semalam :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Enam hari saya bercuti. Nak masuk ofis balik hari ni kemain malas betul. Huhu.

Sampai je ofis, dari jauh macam ternampak ada satu sampul atas meja. Surat ape pulak tu? Tak kan notis berhenti keja kot? Hui, minta dijauhkan.

Selepas belek dan tilik, rupanya walimatul urus Kak Laily.


To Kak Laily :

Tahniah kak. Setelah banyak ujian yang akak lalui, akhirnya sampai jugak masanya. Semoga majlis berjalan dengan lancar. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Aminnn. Kalau ada kesempatan, Insyaallah, sampai negeri Perlis tu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahera,

This entri untuk Kakchik saya...

Hari ni genap umurnye 25 tahun.


Happy birthday to U,

Happy birthday to U,

Happy birthday to Kakchik,

Happy birthday to U.


Semoga Sheila Sherima Mohd Sabri panjang umur, dimurahkan rezeki, selamat dunia akhirat. Semoga cepat2 naik pelamin dengan Abgchik. Aminnn...

p/s : C-la ingat lagi tak mimpi yang Niz beritau, yang bulan 5 tu???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Huhuhu. Sila lihat tajuk entri...

Hari ini saya rasa amat "bertuah" sekali. Saya ulang "bertuah" ye. Bukan selalu ade fire drill kat menara ni. Seingat saya, ni kali kedua sepanjang saya keja kat sini. Kali pertama saya bernasib baik sebab ada kat level 4 masa tu, so tak la tinggi sangat nak turun guna tangga. Kali ni, 10x ganda, level 40 tu.

Kalau saya tau, saya dah turun siap2 kat Ground Floor (pandai nak mengelat ni), tak kan pegi kat level 40 tu dan saya tak kan pakai heels.

Disebabkan "saya yang menjalankan tugas". nak tak nak kena la attend meeting kat level 40 itu.

Agak dalam pukul 11, bunyi la siren yang menyuruh semua mengosongkan bangunan. Sangat sesak ok time turun tangga yang kecik ciput comel itu. Huhu.

Dengan gigihnye, satu2 anak tangga saya turun dari tingkat 40 (korang ade???). Dah la puasa hari ni. Ada potensi untuk berbuka ni (sedang menguatkan hati ketika ini). Sibaik rajin nak sahur pagi tadi. Kalau tak, confirm saya dah tapau nasi bungkus.

Sekian laporan untuk hari ini...

p/s : Cik Sha, Annexe tak kena ek...