Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama rupenya tak update blog ni dek kerana busy + malas + macam2 alasan.

Very short and quick update...

Life and work - Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ada sedikit perubahan yang mungkin akan berlaku dalam keja dan kehidupan saya beberapa bulan akan datang. Hopefully semua berjalan tanpa sebarang masalah.

p/s : Masih buntu mencari tajuk research. Huhu...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

First thing first, sempat lagi kan nak wish new year. Hepi New Year 2011 semua!!!. Semoga tahun baru memberi nafas dan cabaran baru kepada kita. Harapan semoga tahun 2011 memberi peluang dan ruang yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Sori guys. Blog ni terpaksa tutup kedai kejap. Terasa kebebasan dan hak menulis saya diragut sebentar dengan penutupan blog ni a few days ago.

Actually, sejak dari awal development blog ni, I try to avoid tulisan2 yang bertujuan untuk mengutuk, mengeji, mengumpat, mengata, memalukan, menyakiti hati orang lain, dan sewaktu dengannya sehingga bole mencabar kewibawaan dan kreadibiliti mereka. Tapi, kesabaran manusia ada batas, ada hadnya. Ape yang saya nak tulis ni bukan bermaksud saya dah hilang kesabaran, hilang pertimbangan, juz melahirkan ape yang saya rasa and give feedback to all this nonsense comment. Saya tak halang sesiape pun nak comment, hak individu untuk bersuara tapi ada batas dan biarlah dengan cara yang sopan dan menjaga sensitiviti orang lain.


Kepada yang berkenaan yang seperti terasa "siape makan cili, dia yang terasa pedasnye",

Saya tak layan komen2 mengarut awak tu. I've delete your comment. Kalau awak rasa dengan komen2 tu bole memalukan saya, menjatuhkan maruah saya, hentikan saja niat tu. Cakap la ape yang awak nak cakap TAPI kalau dah sampai melampaui batas, berbahasa seperti tidak menggunakan akal yang 9 tu, you better stop it. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.

Selama ni saya cukup bersabar dengan awak. Cukup la dengan kata2 "perempuan s*****" dan "perempuan s***" yang pernah awak lemparkan pada saya suatu masa dulu. Rasa hormat saya pada awak belum hilang lagi. I respect you as an educated person dan orang yang lebih tua daripada saya. So, think more than twice before you do something or sebelum mengeluarkan sebarang perkataan. 

Walau apepun kata2 yang pernah awak lemparkan pada saya dari dulu sampai sekarang, saya tetap maafkan awak. Tiada perasaan dendam dalam hati saya. Furthermore, saya sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hidup awak dunia akhirat. 

Sekian.

p/s : Dari sehari ke sehari, umur kita semakin bertambah, tetapi kita semakin menghampiri mati. Hidup ni hanya sekali dan begitu singkat. Hargailah kehidupan kita. Jangan sampai ade perasaan hasad dengki dendam kesumat syaitonnirrajim sangat. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan. Instead of remind all of u, it also remind me as well. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna, serba kekurangan, dan sering melakukan kesilapan. Saya perlukan teguran yang membina untuk memperbaiki segala kekhilafan. JazakAllahu Khairan (Semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu)... 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekali tengok macam tak percaya. Dua kali tengok pun tak percaya lagi. Tiga kali tengok, saya dah 24 tahun ke??? (Tepuk dahi jap). Huhu. Today is 30 December 2010. My 24th birthday. Saje potong nombor tu dengan harapan 2 bole tukar jadi 1. Hehe.

Kalo dalam kalendar Islam, saya lahir hari Selasa, 27 Rabiulakhir 1407H. Dah lame rupenye saya hidup kat bumi bertuah ni. Alhamdulillah, syukur sebab masih bernafas dan cukup segala sifat, jari tangan kaki kiri kanan cukup lima, hidung, mata, telinga ada lagi tiada cacat cela.

Terima kasih ibu yang mengandung, menjaga, mendidik, membesarkan saya sejak dari dalam rahim lagi. Terima kasih ayah yang selama ni susah payah mencari rezeki untuk sediakan keperluan yang terbaik sampai saya bole berdikari, dan sekarang, saya bole berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih ayah, kerana rotan yang bengkok itu lah, saya sampai tahap ini. Sampai akhir hayat pun saya tak mampu nak balas segala jasa dan pengorbanan mereka berdua walaupun dengan wang ringgit yang banyak, rumah yang besar. Tak ternilai nak dibandingkan dengan semua tu. Sebagai anak, tiada lain yang saya pohon selepas solat melainkan kesejahteraan kedua ibu bapa saya.

"Tidak akan terputus rezeki seorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari."

"Ya Allah Ya Tuhanku. Segala pujian bagi-Mu, pemelihara sekalian alam, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Merajai Hari Pengadilan. Ampunilah dosa2 kedua ibubapaku, berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat, panjangkan usia mereka, berikan kesihatan serta murahkan rezeki mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya serta lindungilah mereka di bawah kekuasaan-Mu. Amin."

Selagi jasad belum kaku dikambus tanah, selagi nafas masih berhembus, selagi akal mampu berfikir, selagi nadi masih berdenyut, saya akan berikan yang terbaik kepada orang-orang yang saya sayang dan berusaha untuk menggembirakan mereka. I love them all so much...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ish2, kejap je hari ni dah 29 Disember kan. Terasa cepat masa berlalu. Dah nak masuk 2011 Sabtu ni, school pulak, terasa malas2 dah ni sebab cuti panjang. Tak sukenyee. Dah tak bole bangun pukul 10, 11 pagi lagi (Kantoi hang bangun lambat cik niz oii. Anak dara sapa la ni. Tak tau, tak tau). Huhu...

Perasan tak saya tak cerite pon pasal skytrex sebab................................................ saya tak pegi pon weekend last week. Korang memang taw. Cancel last minute. Ni dah semangat nak pegi. Dah la tempat tu kena book awal2 (Lepas ni jangan harap korang nak jumpe aku siang hari time weekend. Ni ayat berbaur ugutan). Gurau je. No heart feeling ok.. Apepun, korang memang kawan yang paling best (Ambik hati balik ni).

Dah2. Cukup la merepek mengarut untuk hari ni. Esok ade entri lain pulak. Hehe...
For many years, I'm searching the best for life and future. Seems like it is so hard from past until the day I truely found it. I pray that one day, it will end up with happy memories, wonderful moments, and shining dreams. Nothing I want, just God's blessing for the rest of life. Hope it will brings happiness today and always. Exactly, start of something new.

I'm not looking for someone who is perfect and has everything, but someone who has time to spend with me more than anything and someone who take me for who I am...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindu pada blog (Tetibe. Haha)

Setelah puas bercuti (Puas ke? Tak cukup ade la. Huhu. Cukup la tu ye), weekend lepas adalah tiada keja, jadi saya telah mengexplore Putrajaya. Baru ku tahu ade banyak benda menarik kat sana selain Alamanda tu. Salah satunya Taman Cabaran. Dalam Taman Cabaran ni ade tempat khas untuk Wall Climbing, Skatepark Climbing Gym, Dirt Jump Mountain Bike Trails. Kalo tau dari awal, dah lame serbu tempat2 macam ni every weekend.

Tempat yang dituju adalah......

Wall Climbing at Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya

Rate RM6.00 tapi student dapat RM3.00 per entry (Pakai student card je. Ye ye saya student lagi). Harge sewa barang bermula dari RM 3.00++. Contoh kasut RM 7.00, chalk bag RM 3.00, harness RM 5.00 and belayer service (Tak ingat harga).

Sedikit view kat dalam tempat ni. Actually, ade banyak zon. Gambar bawah ni sebahagian dari zon yang ade..

Zone B : Beginner Bouldering Wall

Tak ingat zone ape

Ni pun tak ingat jugak. Like it.

Maybe next time bole try Mountain Bike pulak. Trek pun bole tahan jugak...
Salam 5 Muharam 1432H...


Entri dumulakan dengan gambar buaian. Buai bukan sebarang buai. Ni buai tempat photoshoot pre-wedding Dr Muszaphar dan Dr Harlina. Yes, at Broga Hill, Semenyih. Act nak naik, tapi sangat la tinggi buai ni dari tanah. Tidak la ku sampai unless ade orang dukung (Thanks sis coz offer untuk dukung, tapi tidak ku mahu). Huhuhu. Compare dengan gambar kat bawah. Same kan.. kan... Nampak cantik sebab dah hias buai tu.


Pagi tu kami bertiga gerak dari KL around 4.30 pagi. Kalo gerak pukul 4.30, bayangkan saya bangun pukul berape? Tapi excited punye pasal, tidak ku hirau itu semua. Gigih kunci jam pukul 3.30 pagi (tapi bangun 3.45). Hehe.

Disebabkan ketiga2 kami adalah tidak tahu jalan kebenaran untuk ke Broga Hill, jadi ikut direction je la. Ikut signboard Kajang/Semenyih + Landmark Nottingham University. Gigih memang gigih. Cun2 sampai pekan Semenyih pukul 5.30 pagi, singgah masjid jap untuk menyembah Pencipta Yang Maha Esa. 6.00 pagi, terus gerak ke Broga. On the way, dari jauh dah nampak kelip2 lampu dari Bukit Broga. One of my friend ask me, "Ko tau tu lampu ape?". Dengan pantas saya jawap, "Alamak. Aku tertinggal lampu suluh. Dah letak atas meja tadi. Tinggal nak sauk masuk beg je". See, dah tau nak climbing pepagi buta, bole tertinggal lampu suluh. Pakai lampu hanset la jawapnye.

Tepat 6.25 pagi, kami redah laluan trek. Dengan tak warm up terus jalan, memanjat segala. Rasa macam "Sat lagi pancit ni". Haha.. Sampai puncak pertama pukul 7.15 pagi. Dah terang benderang time tu. Breakfast sekejap + tengok view yang memang cantik. Salah satu yang menarik perhatian ialah laluan ni yang macam tangga.

Tangga

Broga ni ade 3 puncak. Sampai puncak ketiga dalam pukul 8.15 pagi. Mane taknye, sampai puncak kedua, berhenti lagi, ambik gambar. Tapi takpe, asal enjoy.

8.25 pagi, siap2 nak turun untuk berpijak di tanah rata. Huhu. Selamat tinggal Broga. Next time, panjang umur, ade rezeki, sampai lagi kat sini. 9.15 pagi start kereta, pulang ke KL.

One of my activity lists dah tercapai. Alhamdulillah. Next activity after Broga is Skytrek Shah Alam. A week after balik bercuti.

p/s : Ni entri sebelum saya bercuti panjang. Maybe no blog's update, no email, no fb. Kalo ade kesempatan waktu untuk online, ade la cerite kat blog ni. Huhu..

Salam ya akhi, ya ukhti. Lame bebenor tak guna bahasa ni. Huhu...

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk 1 Disember 2010.

Pejam celik pejam celik, nanti dah 30 Disember 2010.

Motip cakap 30 Disember??? Hehe... My birthday!!!

Rasa macam sekejap je nak masuk tahun baru 1432H. Tak lame pun, minggu depan je lagi (Adoiyai, aisehh tetibe tapak tangan kanan ni gatal2 pulak time taip entri ni. Ade sesape nak hulur duit ke?? Haha. Jangan harap cik oiiii).

Hmmm, minggu depan dah masuk tahun Hijrah baru. Azam tahun baru ialah...... nak tukar keja (ke situ pulak, tepuk dahi, tampar pipi jap). Huhuhu.  Terasa cepat masa berlalu. Antara sedar dengan tak je. Harapan tahun baru, semoga bertambah murah rezeki. Aminnn. Semoga dapat keja kat tempat baru. Eh, silap cakap pulak. Hehe.

Plan minggu ni nak pegi Broga Hill. Punye semangat berkobar2 nak pegi sebab ni antara aktiviti yang ade dalam list untuk minggu pertama bulan Disember ni.

Syukur, cuti seminggu dah approve. Yes2. Yip yip yippppiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!... Senangnya dalam hati, bole pegi bercuti. Say bye bye to ofis. Huhuhu. Confirm inbox akan dipenuhi dengan lambakan emel2 dan sekarang ni telah siap2 membuat autoreply "I'm on leave from 13-17 December 2010. Thank you." Huhuhu.

Nak balik dah. Jumpe lagi... Ma'assalamah wa ilal liqa'...

p/s : Semakin bertambah tahun, semakin meningkat umur, semakin menghampiri mati. Muhasabah diri sekejap. Renung-renungkan dan selamat beramal...