Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

This entry dedicated to you...

Happy birthday to you!!!

I sincerely wish you success in everything you do, good health and happiness in life.
May Allah bless you in every step you pace. Aminnn...


p/s : Sila claim kek betul2 nanti :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam 10 Syawal...

Entri pagi ni dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini, diumumkan bahawa saya

.
.
.
.
.
.
.
.

 telah tamat lesen "P" dengan jayanya. Hari ini saya bertukar ke lesen CDL. 


 
Tiada lagi "P". Hehehe...


p/s : Sudah nampak bayang2 tayar 4... Apakah???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suda bersawang ini blog rupanya dek kerana kemalasan tuan blog untuk hupdate. Sebelum bulan puasa, entri ni tak lain cerita pasal makanan je la.

Rabu lepas saya tengok 360 degree kat TV3. Cerita tentang aiskrim. Sentap hatiku melihat aiskrim yang macam2 jenis. Sampai sudah tak dapat lagi. Huhu. Tambah2 lagi Cik Leya cerita dia pegi Fruitland semalam. Lagi la hatiku sentap entah kali keberapa mendengar dia bercerita tentang kesedapan aiskrim kat sana (nangis dalam hati).

Sedapnye...



Baskin Robbins - Chocolate Mousse Royale
        



Tutti Frutti - Perasa coklat pun terbaik



Haagen-Dazs - Ni pernah rasa sekali je + mahal


 

Ice Room, Taman Shamelin Perkasa, Cheras



Fruit Land - Jusco Balakong, Jusco AU2, IKEA


Hoho. Dua2 ni tak pernah jejak lagi (sedang menyimpan cita2 nak pegi). Haishh, selera besar nih...


*** Picture credit to En Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir setiap malam, cerita mengenai bersih disiarkan dalam berita. Kalau tak cerita berkenaan bersih, mesti cerita berkenaan felda. Faham2 je la ye dah nak dekat PRU ni kan.

Nasib saya baik sebab dah plan nak balik kampung minggu ni. Kalau tak, kena kuarantin kat rumah sewa tu, patah kaki la jawapnye. Huhu.

Jadi, siapa2 yang ada kat KL, please alert dengan jalan2 yang dah ditutup...

Lebuh Ampang
• KLCC
• Bank Negara
• Dataran Merdeka
• Sogo
• Chow Kit
• Menara Sultan Ismail
• Masjid Negara
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ipoh
• Sentul
• Jalan Tuanku Abdul Rahman
• Jalan P.Ramlee
• Jalan Bandar
• Subang Jaya ( berdekatan Kolej Segi )
• Sunway Pyramid dan Subang Parade
• Lebuhraya Federal
• LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
• The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan


Harus menjaga diri dengan baik. Semoga hari esok berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

p/s : Yeay2. Nak balik kampung!!!

Two

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today -> first day of July 2011...

Terasa sekejap masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah dua tahun keja kat sini. Tempat yang memberi rezeki selepas tamat praktikal 19 Jun 2009.

Hati mula rasa nak cari keja lain. Masuk manufacturing/production company balik? Mungkin. Tapi kena fikir kesan baik buruk keja dalam environment macam tu if nak stay dalam jangka masa panjang. Goverment pulak still tunggu result. Ada rezeki dapat la.

Masih menuggu + mencari peluang lain...........

Terima kasih TM kerana beri saya  peluang keja dua tahun lalu dengan pointer cukup2 makan. Dapat rasa duit bonus, dapat rasa revise gaji tahun 2010, dapat rasa increment tahun ni. Next revise gaji??? Ada jugak dengar2 cite. Kalo betul, syukur alhamdulillah.




p/s : Saya tetap sayang TM. Cinta pertama saya. Hehehe...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah ini sekadar perkongsian. Harap membuatkan kita lebih berfikir. Ambil yang baik dari cerita ini...




Sesiapa yang menggunakan LRT sebagai pengangkutan harian seperti saya akan familiar dengan papan tanda seperti kat atas ni. Bukan saja LRT, Komuter, ERL, dalam bas pun ada papan tanda ni sebagai peringatan kepada orang ramai.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita, kisah ni berlaku petang semalam (hampir pukul 7 petang) ketika saya pulang dari tempat kerja. Memandangkan hanya satu stesen saja dari Kerinchi ke Universiti, perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama. Nasib saya baik kerana tren 4 koo, dan orang tidak seramai ketika pagi (waktu orang keluar bekerja) walaupun semua tempat duduk penuh.

Sewaktu pintu tren terbuka, saya lihat seorang perempuan sarat mengandung sedang berdiri dengan memegang pemegang yang tergantung pada besi dihadapan pintu tren. Mengapa dia harus berdiri dalam keadaan seperti itu???

Mata saya terus melihat dua orang perempuan yang sedang asyik berbual dihadapan perempuan yang mengandung itu. Terus hati saya berbisik :

"Macam mana perempuan yang sedang duduk itu bole bersembang, riang bergelak ketawa sedangkan dihadapan mereka ada seorang perempuan yang lebih memerlukan tempat duduk? Tiada perasaankah mereka2 ni? Tidak nampak? Tidak sedar? Sedangkan jelas di hadapan mata mereka keadaan perempuan yang sarat mengandung tu."

Mahu saja saya menegur mereka berdua itu tapi disebabkan tren sudah sampai stesen Universiti, saya hentikan niat tersebut. Sebelum pintu tertutup saya sempat menoleh ke arah dua perempuan itu. Saya tahu salah seorang sedar yang saya memerhatikan mereka.

Sewaktu pintu tren tertutup, saya terlihat pula seorang pakcik tua sedang berdiri. Rasa sedih kerana manusia2 di dalam tren itu tiada kesedaran langsung.  

Whenever you get up and offer your seat to to the elders, pregnant woman, disabled people on the LRT, you get glared at.

Budi bahasa budaya kita. Putting it up on banners everywhere MUST mean its true. Kita tidak akan rugi apa2 jika kita mengamalkannya dalam kehidupan. Orang akan lebih hormat kepada kita. Jangan sekadar rupa saja elok, perangai harus elok juga ye.

Tujuan entri kali ni bukan untuk mengeji, mengutuk, jauh sekali untuk memalukan sesiapa. Tetapi sebagai peringatan untuk kita semua.

p/s : Ambil yang baik buang yang buruk. Renung2kan...

MLM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada mulanya, saya tak tau tajuk apa yang harus saya letak untuk entri kali ni. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah berkenaan dengan Multi Level Marketing (MLM). Entri kali ni agak serius memandangkan perkara ini kerap terjadi kepada saya sejak dari zaman belajar lagi.

Rasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan MLM kerana dua hari berturut2 saya berhadapan dengan perkara ni. Malam isnin lepas, housemate saya diterjah oleh rakan sekolahnya yang tiba2 mengajak keluar untuk berjumpa dan seterusnya promote untuk menyertai ***L yang merupakan salah satu rangkaian perniagaan MLM.

Walau bagaimanapun, pelawaan tersebut telah ditolak secara baik disebabkan housemate saya pernah terlibat dengan ***O, sejenis perniagaan MLM ketika zaman belajar dahulu. Seperti yang diceritakan oleh housemate saya, masa, wang, tenaga banyak dihabiskan. Ada kejadian sehingga dia bergaduh dengan kakak dan ibunya sendiri setelah menyertai perniagaan itu, sanggup tidak balik ke rumah berbulan2 lamanya, dan ada satu ketika sampai membuatkan ibunya menitiskan air mata dihadapannya sendiri. Akhirnya, dia berhenti jugak dari perniagaan itu.

Semalam, di ofis ketika lunch break, saya di promote pula untuk menyertai **U****. Deria rasa keenam saya kuat mengatakan perjumpaan tengah hari semalam "bersebab". Dari dulu sampai sekarang, mind set saya sudah meletakkan "No" kepada sebarang jenis perniagaan ini. Modus operandi atau pelan pelaksanaan tetap sama iaitu menggunakan barang sebagai alat walaupun mereka kata berbeza dari MLM yang lain dari segi formula dan strategi.

Entri kali ni bukan untuk mengecam atau mengutuk jauh sekali untuk memperkatakan yang buruk2 berkenaan MLM ni. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza yang bole diekspresi dari pelbagai sudut dan aspek yang tersendiri. Bagaimana kita hendak menginterpretasi pandangan tersebut? Tepuk dada, tanya hati. Pada saya, definitely saya akan cakap "TIDAK" kepada sebarang bentuk perniagaan ini. Saya bole mendengar dan menerima promoter bercerita tentang barang mereka tetapi untuk menyertai, tidak sama sekali.

Saya tidak mengatakan MLM itu tidak baik atau tidak bagus. Tapi ia melibatkan kesungguhan dan cara anda untuk meyakinkan orang lain. Jika promoter datang kepada saya dengan pelbagai soalan yang perlu saya jawap, saya akan membalas balik dengan pertanyaan sebagai menjawab persoalan tersebut.

Tidak kira apa jenis perniagaan yang hendak dijalankan, janganlah ada unsur2 perjudian, penipuan, penindasan, dan riba. Jika beroleh keuntungan yang banyak sekalipun tidak bermakna andai tiada keberkatan. Keuntungan yang diperoleh seharusnya dari hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kunci ketenangan dan kebahagiaan ialah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Walaupun saya tidak belajar di oversea, tidak sekaya founder Microsoft, Bill Gates, matematik tidak segenius Adi Putra, muka tidak secantik Miss Universe, tidak sehebat CEO Dell Inc, Michael Dell, tapi  Alhamdulillah, syukur atas segala pemberian-Nya...

p/s : Just my two cents...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni adalah minggu stress dengan keja. Dah nama pun keja, sampai bila2 cakap pun memang tak kan habis. Saya pun manusia yang kadang2 lemah pada perasaan sendiri, gagal mengawal perasaan sampai lupa berlaku adil untuk meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya (Tak pasal2 orang lain jadi mangsa. Huhu).

Jadi salah satu cara saya untuk meredakan stress selain menangis ialah dengan melihat gambar2 kat bawah ni sambil berangan bila la nak dapat. Ni semua terapi mata dan minda untuk saya :


Sony Xperia X10


iPad 2


Ford Fiesta

Semua ni menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih berdedikasi. Huhu. Tapi saya tau semua ni dunia je. Yang penting sebagai manusia kita kena tau bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak. Macam tiga2 kat atas tu semua kehendak je. Manusia memang tak pernah rasa puas dengan apa yang dia dapat. Normal la kan. Menunjukkan manusia tu ada nafsu. Tapi nafsu bole di kawal dengan menggunakan akal. Jadi sila gunakan dengan sebaiknya.

Paling penting jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada duit banyak sekalipun belum tentu hati kita tenang, belum tentu menjamin kebahagiaan, dan paling penting duit bukan bole beli kasih sayang. Renung2kan dan selamat beramal :)


p/s : Tak sabar nak balik kampung. Tinggal 3 jam lagi masa untuk bekerja. Harus menyiapkan apa yang patut sebelum bercuti.