Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, hari ni genap satu tahun saye bekerja di TM starting from 1st July 2009. Tempat yang memberikan saye peluang pekerjaan selepas tamat praktikal. Dengan keadaan kalut selepas accident motor hujung Jun 2009 lepas, kelam kabut nak submit hard cover PSM kat supervisor, nak balik JB ambik segala bagai barang untuk prepare kursus tiga minggu kat Taiping, dengan tak tau dapat posting kat mane, dan segala macam perkara di luar jangkaan saye berlaku.

Satu tahun yang penuh dengan dugaan, rasa masam, manis, pahit, kelat, payau, ujian, cabaran yang kadangkala membuatkan saye hampir tersungkur, hampir berputus asa apabila terlalu banyak benda terjadi, perasaan kecewa, terkilan, sedih dan bermacam2 lagi. Semua yang berlaku mematangkan diri dan mendewasakan pemikiran.


Moving forward to the third quarter of the year, harap semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aminnn...

On leave hari ni dan esok...

...Baiti Jannati...
Ketenangan dari tahajjud...

Terlalu sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata......
Memerhati pemandangan dari luar menara setinggi 55 tingkat, sambil tengok tren putra ke Gombak dan Kelana Jaya, pokok2 hijau yang habis di tarah untuk pembangunan, di tambah federal highway yang sentiase sibuk, projek pembangunan UOA di sebelah kanan, dan seterusnya pandang depan, pandangan yang tak berkelip2 dan terus pandang (cakap je la ko nampak mid valley niza, habis cerite). Di pendekkan cerite, petang ni nak pegi mid valley.. Nak beli ape yang patut memandangkan gaji dah masuk...
Jum layan picture....




















Kalau ade pertandingan gambar paling unik, confirm menang....

Source picture : Forwarded email. 
Pagi tadi keluar rumah dengan azam baru, semangat baru nak pegi keje (disebabkan hari ni hari jumaat, semangat bertambah dua kali ganda). Sekali sampai depan lif, lif rosak pulak, dua2 pulak tu. Ni yang rase nak smackdown management perumahan ni. Bayar sewa bukan main mahal, macam ni la service yang dapat. Huh, terkedek2 turun tangga (dalam hati mula dah, "what the h*ll selalu sangat jadi macam ni? tak bole jadi ni"). Sibaik tak pose hari ni. Kalau tak, kurang pahala pose.

Tak kire. Nak pindah rumah jugak. Selalu sangat saye berzikir, nak pindah nak pindah nak pindah nak pindah, tapi tak pindah2 rumah jugak. Tunggu pindah tempat keje la jawapnye. 
Dedicate to Aisyah...


Kehidupan ( In-Team feat Nazrey)

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

p/s : My dear Aisyah, I know u really strong enough to face all this. Don't do the same mistake again. I'll always support and try to help u as long as I can. If u need me, I'll always be by your side, 24x7. Remember that.
Past few days, most of the entry shows my condition right now. Whats happen to me and how I feel it...

Malam tadi saye telah "disekolahkan" oleh seorang kawan baik. Dengan kata lain, brain wash...

"You're going 24 this year young lady. Umur masih muda dan perjalanan hidup masih jauh. Cube fikir balik tujunan kita diciptakan. Jangan sia-siakan hidup yang hanya sekali diberikan. Past is past. The most important is present and future. Anggap ini ujian, mungkin Allah nak beri yang lebih baik pada masa akan datang. Try to think positive."

Sampai ofis tadi, di brain wash oleh orang lain pulak. My best buddy.

"Niza, kita berhadapan dengan keadaan yang sama. Saye pernah rasa ape yang awak rasa. Ape yang membuatkan saye bertambah kuat ialah sentiasa berdoa diberikan kekuatan dan dipulihkan kembali semangat."

(Ambik ko niza, memang patut kena macam tu)..... Terima kasih kepada kedua2nya. I really appreciate it. Manusia belajar dari kesilapan. Mungkin ape yang berlaku disebabkan kesilapan yang pernah saye lakukan dahulu.

mengejar impian itu
memang memenatkan
kadangkala
mengundang putus asa

hakikatnya
yang penat itulah
bakal memberikan
pulangan yang berharga

apabila kamu merasa kepenatan
dalam melakukan kebaikan
ingatlah kepenatan itu
akan berterusan

p/s : I feel much better right now. Dah nak 8.30 pagi. Masa untuk bekerja...
From now on :

1. I must concentrate and struggle to achieve what I want (8 wish lists, still left 4, will fulfill it before reach 25). I must put in more effort to move forward to achieve the target.

2. Although I have a job, I still have doubts lingering in my mind. For how many more years must I endure this routine lifestyle doing the same thing over and over again? It insanity. I have dreams and I want to realize my dreams.

3. Everything that I will be facing in the future will guide me to do better. For my life and for my family.
Apabila memikirkan hal itu, saye rasa tidak faham.

Apabila memikirkan hal itu, saye rasa tidak ketahuan.

Apabila memikirkan hal itu, saye sampai tidak lalu makan.

Apabila memikirkan hal itu, saye tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Apabila memikirkan hal itu, saye tidak tahu kenapa saye jadi seperti ini.

Mungkin juga kerana memikirkan hal itu, membuatkan berat saye semakin susut.

Memikirkan hal itu, membuatkan saye tidak bole tido dengan lena atau kadang2 tidak bole lelapkan mata langsung.

Memikirkan hal itu, membuatkan saye tidak pernah berubah dan akan terus mengikut rentak perjalanan yang telah diaturkan.

Adakah saye akan terus menjadi seperti ini hari demi hari? Berulang kali sehingga saye tidak tahu di manakah penghujungnya....

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan"-Imam Syafie

p/s : Berharap dapat berjumpe doraemon. Nak pinjam pintu suka hati.
IPNOC        - AM Security Management Practices      
                  - AM Disaster Recovery Plan & Business Impact Analysis
                  - AM I-Network Core
                  - AM DVPN/Corp Wireless

TNOC          - AM Synch/ADM
                  - AM TMWS/3G
                  - AM Method Analysis

LLS NOC     - AM Marconi MLCN/ALCATEL/Supply System
                  - AM TWMS/3G

Gigih mencari tempat tanpa jemu dan akan terus mencari sampai dapat tukar...
Ke Bandung :

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/dest/offers/special/special-offers.aspx

atau

Ke Australia :

http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr0840711.html


p/s : Ade orang nak sponsor tiket saye ke Aussie. Yes2...
Danau Kota Setapak

Bile la agaknye saye dapat pegi tempat ni???
Wedding anak bos saye...


Tiga hari berkampung di rumah bos. Menolong ape yang patut. Esok, sebelum subuh saye sampai Subang (ni bukan kipas bos lagi nih, bagi aircond terus). Hehehehehe...

MCU


Health Check

 
 X-ray

Urine Test

 
Mouth Check

Medical check up pagi tadi.... Syukur. Semua ok...
Try to get this...


Pagi semalam, saye telah melakukan perkara yang tak pernah2 dilakukan selama hampir setahun menyewa di KL. Perkara itu ialah.......... jogging and also aerobik. Heeeee. Gigih betul tak tido lepas subuh semata-mata nak pegi jogging kat Taman Jaya, PJ. Pegi dengan menaiki lrt putra dari stesen Universiti (baru 70 sen je) ke stesen Taman Jaya. Tapi kena jalan sikit untuk sampai ke taman tu.

 Gambar di ambil ketika sedang jogging

Memang ramai orang tak kira usia, jantina, bangsa menghabiskan masa pada pagi Ahad lepas. Sekali-sekala mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang bole diteruskan pada minggu akan datang.

p/s : Selain mengamalkan cara hidup sihat, minda pun kena sihat. Harus berfikiran positif dan sentiasa pandang ke hadapan...
Selamat menunaikan umrah sahabatku. Semoga selamat pergi dan kembali. 'Makcik'mu akan menjaga handset itu dengan baik. Akanku jaga amanah itu sebaik mungkin seperti yang kamu pinta sahabatku...

Rase  mahu segera pulang...
Today is a great day!!!
Sampai ofis, terus kemas2 meja, lap sket2. Rase macam dah lame tak masuk ofis. Ececeeee.
Interview selama 2 hari berjalan lancar. Ape2 keputusan kena redha...

Minggu lepas saye ke sekolah menengah berdekatan rumah dengan tujuan nak jumpa pengetua untuk minta pengesahan sijil. Awal2 pagi suda pegi sekolah. Sedang berjalan nak ke bilik pengetua, tibe2 di sapa oleh seorang pelajar, "Selamat Pagi, cikgu". Saye tersenyum dan terus berjalan. Mungkin budak2 ni fikir saye cikgu baru di sekolah tu. Saye tengok ape yang saye pakai dari atas sampai bawah. Dalam hati duk kata "Ade gaye cikgu rupenye aku ni (suda mula perasan di situ)"...