Sudahku kata berulang kali, hapuskan saja semuanya,

Jangan tinggal walau secebis,

Kerana ia bisa menyakitkan hati.

p/s : Tiada kaitan dengan sesiapa
 My little sis...
.
.
.

..I MISS HER..
.
.

"Bile kakak nak balik?"
(soalan yang di tanye kepada saye 2 hari lepas)...

 
p/s : Challenge for me...
Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) :

Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman, "Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku merima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."


p/s : Mari berpuasa esok...

Semoga diberikan kekuatan... Aminnn...
Tengok picture kat bawah dah tau ape yang jadi masa nak balik dari IKEA tu...

Momentum (N s) = Jisim (kg) x Halaju (m/s)


Calar sana sini + side bumper yang macam nak tercabut

 
Hasil yang sungguh berseni

Inilah insiden yang maha hebat berlaku selepas makan meatball. Jangan tanye ape yang saye rasa masa tu, geram yang amat tapi semua under control lagi. First time jadi kat saye. At last, berakhir di sebuah bengkel di PJ. Settle kat luar dengan cara berhemah dan bertoleransi sebab tak nak menyusahkan kedua2 belah pihak, yang melanggar dan yang dilanggar.

Lepas settle semua benda petang tu, rase macam dah tak sempat nak pegi Jalan Semarak, dengan hujan, nak redah jalan jem lagi. Memang menguji kesabaran masa tu.

IKEA meninggalkan kenangan yang tersendiri......

p/s : Saye tak pegi kelas hari ahad tu. Huhuhu... Mungkin ade hikmah di sebalik setiap kejadian.
Minggu lepas duk mengidam nak makan meatball dan ahad lepas dapat jugak makan meatball kat IKEA. Bertolak pukul 11 pagi dengan niat "takde nak shopping tengah2 bulan ni, pegi IKEA sebab nak makan meatball je". Thanks to Aisyah sebab jadi penunjuk jalan yang setia dan sentiasa jadi alarm saye.

Ni dia Swedish Meatballs. Harga RM 9.00. Rase die memang sedap. Yang merah tu ialah jem yang rase masam2 manis.

Terbaik dari IKEA

Lepas perut dah kenyang, dalam pukul 12.30 terus keluar dari IKEA sebab ade tempat lain nak dituju lepas ni.

Bersambung...... IKEA : Part II.

"Jangan banyak berfikir tentang masalah, tetapi banyakkan mencari jalan keluar untuk perkara yang difikirkan"
Saye sudah tergoda sama ini...

Swedish Meatballs kat IKEA

Mahu cari hujung minggu ni jugak...
Malam tadi, jam 9.00 malam, tiba2 loceng pintu rumah ditekan...

"Ding dong...ding dong"

Semua yang ade kat hall rumah pandang-memandang. Bagi isyarat siape yang nak pegi buka pintu. Sibaik bukan saye..

"Orang kat luar tu datang nak buat banci.. Lelaki", housemate saye yang bukak pintu beritau semua yang ade kat hall.

"Hah??!!.. ".. Masing2 kelam-kabut masuk bilik cari tudung.

Lepas seorang, seorang lagi sampai cukup 7 orang. Semua dah dibanci...

Agak banyak jugak soalan2 yang di tanya like :

1. Tarikh dan tempat lahir.
2. Tinggal dekat mane 1 tahun lepas, 5 tahun lepas. Siap nak tau alamat tu.
3. Bekerja atau belajar.
4. Bidang pengajian degree.
5. Jawatan pekerjaan.
6. Gaji (isu sensitif, pembanci tu yang cakap, bukan saye).

Dan beberapa lagi soalan.

Pada yang belum kena banci tu, harap2 bagi kerjasama kat pembanci2 ni. Kesian kat diorang ni (pembanci saye semalam student farmasi, cari duit lebih katanye).
I wish...

I could start all over again

and

I could make it better

p/s : Saye suke drive bile ade masalah...

Semoga hari ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Amin.
Banyak benda yang terjadi hari ni dan semua perkara perlu diuruskan sendiri. Memang betul2 menguji kesabaran. Dulu, sikit2

"Ayah, ni macam mane?"...

"Ayah, ni tak settle lagi"...

"Ayah, itu..."

"Ayah, ini..."

dan macam2 lagi...

Semua benda ayah yang buat. Anak ayah la katakan. Start praktikal saye belajar berdikari (berdikari la sangat cik niza oi). Even dapat tempat praktikal kat JB, saye sebut je la ye namenye, Johor Corporation (JCorp) kat Persada Johor tu plus lagi satu tempat kat Melaka, CTRM Aviation, saye tolak sebab dapat offer dari kilang SONY untuk praktikal kat sana (minat sangat nak jadi minah kilang, padahal saye ni memang degil, saye akan dapat ape yang saye nak) dan alhamdulillah, takde halangan dari ayah ibu untuk lepaskan anak perempuannye ni.  

Sebenarnye, memang saye betul2 nak buat praktikal kat kilang. Dulu saye fikir, macam mane la operation kat kilang, ade operator je ke, takde finance ke, HR ke, IT ke, procurement ke (hai, sadis betul pemikiran cik niza ketika itu). Hehehe. Tapi, lepas masuk SONY, baru saye tau keadaan kilang tu macam mane.

Saye tau start dari situ, bile saye keluar je dari rumah, saye kena hadapi semua sendiri. Saye kena belajar menguruskan semua dari A-Z. Kata dah dewasa (dewasa la sangat). Kena kuatkan semangat dan banyak bersabar. Saye yakin boleh menghadapinya...

Saye akan ingat kata2 ni.

"Sabar itu sebahagian daripada iman"
Tak nak cakap banyak sebab...

BUSY

dan

seboleh-bolehnya saye nak elakkan rasa...

STRESS
Saye tahu dan sedar, saye kena banyak berkorban.....

FAMILY
(tak bole nak balik jb selalu, bersyukur dapat family yang amat memahami)

MASA
(kena menghargai masa)

KEWANGAN
(susut sedikit)

REHAT
(tak bole nak mengadu letih, penat)

KESERONOKAN
(tak bole nak main-main dah)

Saye tahu pengorbanan saye akan terbayar suatu hari nanti. Yang tak ternilai harganya.


Semua yang saye lakukan untuk kemajuan diri sendiri..

Now, I'm


"Ya Allah, jika ini adalah jalan yang terbaik untukku, maka permudahkanlah segala urusanku"

Amin...
Lately, kalau jumpe kawan2 lame, soalan pertama yang keluar dari mulut diorang...

"Eh, kenapa dah kurus?".

"Mane pergi semua lemak2 kat pipi?".

"Niza ke ni?".


Aduhai, penat saye nak menjawap soalan2 ni. Terus fikir dalam kepala, "Kurus sangat ke?". Saye tengok fizikal takde ape yang berubah pun. Pandangan mata orang agaknye, diri sendiri tak sedar pun. Input output balance kot, tu yang guna lebihan lemak tu. Hehehe. Nak kata stress keja, hmmm, tak jugak. Keja IT Planning + Architecture memang kena banyak fikir. Moving forward la, direction lagi, macam2. Remind "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi". Takpe, yang penting takde sape kisah saye kurus atau gemuk. I'm happy with my life right now. Bersyukur dengan ape yang dikurniakan.

p/s : Tak kire macam mane keadaan saye, ayah ibu tetap sayang anaknya ni yang paling mengada-ngada, banyak kerenah, banyak songeh, dan suke buat ayah ibu pening kepala. Itu yang paling penting...
3 Julai 2010 jam 9.20 malam, saye dikejutkan dengan pemergian sahabat lama ketika di sekolah menegah, Nurul Dayana Yusof. Sebaik mendapat berita tu, saye jadi kelu. Perasaan terkejut, sedih bercampur baur.

Kenangan semasa di sekolah menengah mengingatkan saya pada arwah Dayana. Seperti semalam baru berlalu... Berebut bola masa main bola jaring, berebut siapa paling cepat dapat buat latihan add math, main2 masa buat eksperimen kimia, dan macam2 lagi. Semua hanya tinggal memori yang tersimpan rapi dalam kamus hidup saye..... 

Al-Fatihah untuk arwah sahabat saya. Semoga dia tenang dan aman di sana. Amin...
Hari ni dan esok saye mahu berfoya-foya sepuasnye kerana mulai minggu depan, hujung minggu saye akan dipenuhi dengan aktiviti yang agak padat, InsyaAllah jika tiada ape2 masalah.
The happiest people do not necessarily have the best of all. They simply appreciate what they find on their way.

To find on your way
Enough luck to remain happy
Enough challenges to become strong
Enough grief to remain human
Enough hope to be happy

What is the secret of SUCCESS?... RIGHT DECISIONS
How do you make RIGHT DECISIONS?... EXPERIENCE
How do you get EXPERIENCE?... WRONG DECISIONS

p/s : Thanks to my boss for this Words of Wisdom...
import java.io.*;
import java.lang.*;
import java.io.IOException;

public class TengahPeningSekarang
{
   public static void main (String [] args) throws
   IOException
   { 
      switch
      {
         case 0 :
         System.out.println (“Jika tidak tukar, saya hanya
         memperuntukkan satu tahun setengah sahaja.
         Menjimatkan masa saya tetapi adakah ia berbaloi
         untuk jangka masa panjang?”);

         case 1:
         System.out.println (“Jika tukar, saya perlu  
         memperuntukkan dua tahun. Walaupun lama, tentu rasa
         puas hati sebab dapat apa yang diinginkan. ”);

         case 2 :
         System.out.println (“Saya perlu banyak berfikir
         faktor, kesan baik buruk, dan membuat pilihan yang
         terbaik ”);

         default :
         System.out.println (“Saya sangat pening
         sekarang!!”);
      }
   }
}


Output :

Jika tidak tukar, saya hanya memperuntukkan satu tahun setengah sahaja. Menjimatkan masa saya tetapi adakah ia berbaloi untuk jangka masa panjang?
Jika tukar, saya perlu memperuntukkan dua tahun. Walaupun lama, tentu rasa puas hati sebab dapat apa yang diinginkan.
Saya perlu banyak berfikir faktor, kesan baik buruk, dan membuat pilihan yang terbaik.
Saya sangat pening sekarang!!

p/s : Sila jangan ikut java code kat atas. Ni sesuke hati je taip...
Suatu petang di sebuah Supermarket...


Adik    : Kakak..kakak..
Kakak  : Nape?
Adik    : Nak air berrr.
Kakak  : Hah?!! Air dari langit mane tu dik oii?
Adik    : Air berrr la. Ape la kakak ni. Itu pun tak tau (sambil berjalan mengheret tangan saye).
Kakak  : Ewah2. Amboiii.. Eh2, nak pegi mane ni?
Adik    : Cari air berrr laaaa.


Setelah puas pusing2 sampai entah berape kali, tiba di deretan air...


Adik    : Kak, tuuuuuuu (sambil menunjuk dengan menjuihkan bibir). Air berrrrrrrrrrrr...
Kakak  : Laaaaaa, cakap la air coke. Habis cerite.
Adik    : Adik saje je. Hahahahaha (gelak jahat).
Kakak  : Bertuah punye adik!!!


p/s : Pengaruh iklan memang kuat kepada kanak-kanak.