Salam and Salam Sejahtera,

Fuhh, dah bersawang rupenye blog ni. Tiup2 lagi dan lagi...

Dua minggu lebih tiada input untuk diceritakan. Busy la katakan (aaaceeewaaaahhhh, busy la sangat, sebenarnya malas kemain lagi). Hohoho...

Celik mata pagi tadi pukul 6 (Syukur Alhmadulillah, masih bernafas lagi). Style malas nak bangun sahur memang macam ni (Jangan ikut ye, not good). Kata duduk sendiri, hal pun sendiri jugak la gamaknya. Kalau duduk dengan family lain ceritanya. Harus bangun sebab pagi2 ade orang zikir sambil gegar2 katil, "Kak oooooooo kak. Ibu suruh bangun sahur". Sape lagi kalau bukan little sis tu. Tu belum "Big Boss" yang naik atas kejut ketuk2 pintu sambil zikir "Susah betul nak kejut anak dara ni bangun sahur, anak dara kecik dah bangun, anak dara besar tak bangun2 lagi"...

Berbalik cerita tadi, minda separuh sedar ingat "Oooo, hari ni hari Jumaat". Sekali bangun, tepuk2 dahi dengan pipi, "Eh, hari ni Khamis lagi, Jumaat tu esok la"...

Ni mesti kes terasa aura esok cuti Nuzul Quran tapi KL tak ambik pun. Just Selangor, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu je.

Apepun, hidup perlu diteruskan. Tetap semangat datang ofis untuk bekerja jugak even hari ni hari "Jumaat" (Pangggg sekali). Haha.

Selamat berpuasa dan menunaikan tarawikh...

p/s : Tomorrow is a Friday. Yippiiii2!!!!!.... Hari yang paling rilex dan santai (Yeke???. Usually, Jumaat la bos suruh hantar itu ini, meeting sana sini, report update bagai)...

0 Orang Berkata-kata: