Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Huhuhu. Sila lihat tajuk entri...
Hari ini saya rasa amat "bertuah" sekali. Saya ulang "bertuah" ye. Bukan selalu ade fire drill kat menara ni. Seingat saya, ni kali kedua sepanjang saya keja kat sini. Kali pertama saya bernasib baik sebab ada kat level 4 masa tu, so tak la tinggi sangat nak turun guna tangga. Kali ni, 10x ganda, level 40 tu.
Kalau saya tau, saya dah turun siap2 kat Ground Floor (pandai nak mengelat ni), tak kan pegi kat level 40 tu dan saya tak kan pakai heels.
Disebabkan "saya yang menjalankan tugas". nak tak nak kena la attend meeting kat level 40 itu.
Agak dalam pukul 11, bunyi la siren yang menyuruh semua mengosongkan bangunan. Sangat sesak ok time turun tangga yang kecik ciput comel itu. Huhu.
Dengan gigihnye, satu2 anak tangga saya turun dari tingkat 40 (korang ade???). Dah la puasa hari ni. Ada potensi untuk berbuka ni (sedang menguatkan hati ketika ini). Sibaik rajin nak sahur pagi tadi. Kalau tak, confirm saya dah tapau nasi bungkus.
Sekian laporan untuk hari ini...
p/s : Cik Sha, Annexe tak kena ek...