MLM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada mulanya, saya tak tau tajuk apa yang harus saya letak untuk entri kali ni. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah berkenaan dengan Multi Level Marketing (MLM). Entri kali ni agak serius memandangkan perkara ini kerap terjadi kepada saya sejak dari zaman belajar lagi.

Rasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan MLM kerana dua hari berturut2 saya berhadapan dengan perkara ni. Malam isnin lepas, housemate saya diterjah oleh rakan sekolahnya yang tiba2 mengajak keluar untuk berjumpa dan seterusnya promote untuk menyertai ***L yang merupakan salah satu rangkaian perniagaan MLM.

Walau bagaimanapun, pelawaan tersebut telah ditolak secara baik disebabkan housemate saya pernah terlibat dengan ***O, sejenis perniagaan MLM ketika zaman belajar dahulu. Seperti yang diceritakan oleh housemate saya, masa, wang, tenaga banyak dihabiskan. Ada kejadian sehingga dia bergaduh dengan kakak dan ibunya sendiri setelah menyertai perniagaan itu, sanggup tidak balik ke rumah berbulan2 lamanya, dan ada satu ketika sampai membuatkan ibunya menitiskan air mata dihadapannya sendiri. Akhirnya, dia berhenti jugak dari perniagaan itu.

Semalam, di ofis ketika lunch break, saya di promote pula untuk menyertai **U****. Deria rasa keenam saya kuat mengatakan perjumpaan tengah hari semalam "bersebab". Dari dulu sampai sekarang, mind set saya sudah meletakkan "No" kepada sebarang jenis perniagaan ini. Modus operandi atau pelan pelaksanaan tetap sama iaitu menggunakan barang sebagai alat walaupun mereka kata berbeza dari MLM yang lain dari segi formula dan strategi.

Entri kali ni bukan untuk mengecam atau mengutuk jauh sekali untuk memperkatakan yang buruk2 berkenaan MLM ni. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza yang bole diekspresi dari pelbagai sudut dan aspek yang tersendiri. Bagaimana kita hendak menginterpretasi pandangan tersebut? Tepuk dada, tanya hati. Pada saya, definitely saya akan cakap "TIDAK" kepada sebarang bentuk perniagaan ini. Saya bole mendengar dan menerima promoter bercerita tentang barang mereka tetapi untuk menyertai, tidak sama sekali.

Saya tidak mengatakan MLM itu tidak baik atau tidak bagus. Tapi ia melibatkan kesungguhan dan cara anda untuk meyakinkan orang lain. Jika promoter datang kepada saya dengan pelbagai soalan yang perlu saya jawap, saya akan membalas balik dengan pertanyaan sebagai menjawab persoalan tersebut.

Tidak kira apa jenis perniagaan yang hendak dijalankan, janganlah ada unsur2 perjudian, penipuan, penindasan, dan riba. Jika beroleh keuntungan yang banyak sekalipun tidak bermakna andai tiada keberkatan. Keuntungan yang diperoleh seharusnya dari hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kunci ketenangan dan kebahagiaan ialah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Walaupun saya tidak belajar di oversea, tidak sekaya founder Microsoft, Bill Gates, matematik tidak segenius Adi Putra, muka tidak secantik Miss Universe, tidak sehebat CEO Dell Inc, Michael Dell, tapi  Alhamdulillah, syukur atas segala pemberian-Nya...

p/s : Just my two cents...

1 Orang Berkata-kata:

Akulah Pak Lan said...

Say NO to MLM..
It will bring more disaster than goodness.

Bila mak sendiri ditipu didepan mata anak yang dok belajar dekat Uni...ini dah cukup untuk membuat si anak ini untuk membenci MLM seumur hidup...