Rentetan cerita realiti...
Watak-watak :
1. Datuk
2. Ayah
3. Anak
4. Cucu
Anak dan cucu ialah orang yang sama dalam situasi yang berlainan.
Cerita pertama berlaku 16 tahun yang lalu di negeri Kedah. Pada waktu petang yang redup sewaktu cucu berusia 8 tahun.....
Datuk : Nak ikut Tok Wan p bendang tak?
Cucu : Nak ikut, nak ikut. P naek apa?
Datuk : Naek motor Tok Wan. P bgtaw ayah adik.
Cucu : (Setelah memberitahu ayahnya)... Ayah bagi p.
Datuk : Naek motor pegang Tok Wan kuat2.
Setelah beberapa lama di bendang...
Datuk : Jangan lari2, nanti jatuh.
Cucu : (Berkata sambil menjerit)... Tok Wan!!!! Ada ikan dalam sawah ni (sambil ketawa).
Datuk : Ada ikan boleh hidup dalam bendang.
Cucu : Ni ape? (berkata sambil menunjuk pada sesuatu berwarna hitam yang bergerak2)
Datuk : Tu lintah. Bole hisap darah orang tu.
Cucu : Eeeiiii. Geli la.
Datuk : Dah. Jum kita balik. Nak maghrib ni.
Cerita kedua berlaku pada 3 Oktober 2009 di Johor dalam perbualan telefon ketika cucu berusia 23 tahun.....
Cucu : Assalamualaikum Tok Wan. Kak Ngah ni. (Panggilan adik telah bertukar kepada kakak setelah mendapat adik baru)
Datuk : Wa'alaikumussalam. Pe habaq?
Cucu : Habaq baek. Tok Wan sihat? Kak ingat tok wan mai johor nak p konvo kak esok kat Melaka.
Datuk : Tok Wan tak sihat ni. Demam.
Cucu : Tok Wan dah makan ubat?
Datuk : Dah2. Pak Su p beli tadi.
Cucu : Esok kak konvo.
Datuk : Alhamdulillah. Tahniah2. Tok wan doakan semua berjalan dengan baek esok.
Cucu : Terima kasih Tok Wan.
Cerita ketiga berlaku pada 25 Mac 2010 di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika cucu menghantar datuk untuk mengerjakan umrah.....
Cucu : Kak doakan Tok Wan selamat p dan balik.
Datuk : Ya2. Terima kasih. Jaga diri baek2. Keja elok2 kat Kuala Lumpur.
Cucu :(Sambil melambai tangan mengucapkan selamat jalan ketika datuk masuk ke pintu pelepasan)
Datuk : (Membalas lambaian cucu sambil tersenyum)
Cucu : (Terasa seperti lambaian terakhir)
Cucu : (Terasa seperti lambaian terakhir)
Cerita keempat dan terakhir, berlaku di Kuala Lumpur pada 18 April 2010 ketika cucu berusia 24 tahun. Deringan telefon menandakan ada panggilan masuk.....
Anak : Helo ayah.
Ayah : Kak, Tok Wan dah takde. Tok Wan dah meninggal.
Anak : Hah!!! (masih terkejut dan tidak percaya). Bile? Sakit ape?
Ayah : Pak Su telefon ayah tadi dia bgtau Tok Wan dah takde. Meninggal baru jap tadi. Ayah keja hari ni.
Anak : (Faham kesedihan ayah dan tidak mahu bertanya berulang kali).Ayah nak akak balik Kedah ke? (Memandangkan KL-Kedah agak -dekat berbanding Johor Bahru-Kedah)
Ayah : Tak sempat la kakak. Kebumi pukul 9 malam. Nanti Pak Long nak ambik kakak lagi. Diorang dah sibuk kat sana. Jangan susahkan diorang. Kita balik pegi ziarah kubur je nanti. Sekarang ni kita sedekahkan Al-Fatihah, baca Surah Yasin ye.
Anak : (Dalam nada sedih).. Hmmm, ye.
Saye masih terkejut dan tidak percaye yang saye dah kehilangan Tok Wan. Semalamam saye tak dapat lelapkan mata, semalaman juga saye tidak jamah ape2.
Kelak bile saye balik Kedah, tiada siapa yang akan menyahut panggilan apabila saye memanggil nama "Tok Wan".....
Al-Fatihah untuk Tok Wan saye. Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Aminnn...
1 Orang Berkata-kata:
awk..jgn cedih2 tau..
yang pergi tetap pergi..
Post a Comment