Hari minggu lepas duk kemas2 rumah. Terjumpa gambar ni...

KH7PH43

Gambar masa kat Matrik Johor. Ambik time last day kat matrik selepas habis paper final sem 2. Pakat2 pakai baju warna biru. Gemuk betul saye masa ni dengan berat 50kg. Ni sebab masuk PLKN la ni, berat naik mendadak dari 43kg up to 50 kg. Masuk matrik, memang dah tak turun2 dah. Tapi sekarang suda jadi 44kg balik. Sukeee... Hehehe...

Banyak betul kenangan kat KMJ. Yang paling saye ingat, masa tsunami. Memang rase gegaran kat asrama. Sy ingat lagi bilik saye, ASF T2.25, Blok Al-Khawarizmi. Memang kecoh masa tu. At last, sume student kena kumpul kat depan bilik tutorial, dengan masing2 pakai baju tido, dengan muka baru bangun tido. Memang haru-biru masa tu. Esoknye, kecoh cerite  tsunami kat Indonesia.

Ade lagi kenangan yang saye tak bole lupe. Dikenakan roommate pada malam birthday ke-18, masa tu baru balik prep. Habis buku, baju, tudung penuh dengan tepung bercampur air. Huhu.. Then, pegi bersihkan diri, masuk2 bilik gelap. Ade surprise rupenye, tibe2 roommate datang bawak kek, nyanyi happy birthday, plus semua pakai baju yang sama. Beli baju semata-mata nak sambut birthday saye. Sangat terharu. Malam tu kami semua pakai baju yang sama. Seronok sangat..

Rindu zaman matrik yang penuh kenangan dan gelak ketawa, rindu pada kolam belakang asrama (selalu bagi makan ikan kat situ), dan Ayah Aji (warden yang popular masa tu), dan yang pasti  rindu KH7PH43...

0 Orang Berkata-kata: