Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, hari ni genap satu tahun saye bekerja di TM starting from 1st July 2009. Tempat yang memberikan saye peluang pekerjaan selepas tamat praktikal. Dengan keadaan kalut selepas accident motor hujung Jun 2009 lepas, kelam kabut nak submit hard cover PSM kat supervisor, nak balik JB ambik segala bagai barang untuk prepare kursus tiga minggu kat Taiping, dengan tak tau dapat posting kat mane, dan segala macam perkara di luar jangkaan saye berlaku.

Satu tahun yang penuh dengan dugaan, rasa masam, manis, pahit, kelat, payau, ujian, cabaran yang kadangkala membuatkan saye hampir tersungkur, hampir berputus asa apabila terlalu banyak benda terjadi, perasaan kecewa, terkilan, sedih dan bermacam2 lagi. Semua yang berlaku mematangkan diri dan mendewasakan pemikiran.


Moving forward to the third quarter of the year, harap semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aminnn...

1 Orang Berkata-kata:

Anonymous said...

:)