Surah Al-Baqarah Ayat 183 :

"Wahai orang-orang yang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".


Hadis ke-22 dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi :

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
 
 
p/s : Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah tarawikh...

1 Orang Berkata-kata:

Anonymous said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & semoga kali ini dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya sementara diberi peluang kepada kita untuk bernafas lagi.