Salam dan salam sejahtera,


Tengok tajuk mesti dah tau entri kali ni tentang ape. Ye, Deja Vu... Saya selalu mengalami perasaan seperti itu.  Kamu semua pernah mengalaminya??

Meh saya cerite sikit makna deja vu ni. Deja vu ialah suatu keadaan di mana kita rasakan kita pernah lalui situasi itu sebelum ini, dengan yakin. Keadaan, rasa, rasa macam sama.... Contohnya : Ali pergi ke kedai Pak Rahmat, semasa di kedai tu dia rasakan orang yang duduk di sekililingnya sama seperti yang dia alami sebelum ini. Orang yang sama, baju yang dipakai oleh orang tu pun sama dan perkara yang dibualkan pun sama.

Deja vu merupakan sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahwa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelum ini. Peristiwa ini boleh jadi berupa sebuah tempat baru yang sedang dikunjungi, perbuatan yang sedang dilakukan, atau sebuah acara TV yang sedang ditonton.

Lagi pelik, kadang2 kita juga tidak mampu untuk dapat benar-benar mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya rasa misteri yang membuat kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.
 
p/s : Deja vu mengingatkan saya kepada seorang kawan yang sama2 praktikal dengan saya dulu, engineering student from UM yang suka berkongsi dan bercerita benda2 aneh dan pelik bile dah takde keja. Dialah yang membuat saya faham pengertian deja vu.

Salam dan salam sejahtera semua...

Selamat kembali ke ofis Cik Haniza. Huhuhuhu...

Semalam, bangun pagi pun macam malas2 nak pegi keja. Tapi apakan daya, kena jugak keja...

Berbalik pada tajuk entri kat atas, saya jarang buat entri pasal makanan. Entri kali ni nak cerita pertama kali berbuka puasa kat rumah tahun ni. Plus minus lebih kurang 2 bulan lebih dah tak balik rumah jenguk tilam, bantal golek, teddy Patrick Star. Yang paling penting, balik nak jenguk family + sambut raya sekali. 

Saya di jamu dengan macam2 makanan. Almaklumlah, anak yang paling jauh balik, apa saja kemahuan akan dituruti. Petang tu saya berbuka :

Daging Masak Kicap

 
Sayur Kubis

Dua lauk ni ibu saya masak. Saya tolong tengok je.


Sate


Keropok Lekor


Sandwich Sardin

Haaa, yang ni saya buat. Itu pun lepas sesi tolak-menolak dengan abang saya. 


Anggur Hitam 


Air Sunquick, Air Kopi

Rasa sangat seronok dapat berbuka dengan family hari tu... Raya tahun ni, saya menghabiskan 11 hari dengan berjalan2 dan makan2. Lepas ni kena tunggu Raya Haji, baru dapat balik rumah (itu pun kalau dapat balik). Huhuhuhu. Tapi yang pasti setiap kali balik, akan ada list ape yang saya nak makan. Dan ibu saya jenis melayan ape anak nak makan sampai setiap kali balik, mesti ayat ni akan keluar dari mulut ibu saya "Balik ni nak kena masak ape pulak?". Macam biase, saya buat muka duaposen (muka kesian minta dikasihani). Hehehe. Lagi lama duduk rumah, lagi banyak makan, tapi berat tetap tak bertambah. Haishhh. Pe kes ni???
Salam Aidilfitri untuk semua...



p/s : Miss my little sis. Sooooooooo much...

p/s/t : 31 Ogos datang lagi. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. 1Malaysia Menjana Transformasi... Semoga Malaysia sentiasa aman dan maju... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...
Surah  Al-Qadr Ayat 3 :

 "Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan".



Sabda Rasulullaah SAW bermaksud :
 
"Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan".
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sabda Rasulullaah SAW bermaksud :

"Pada saat terjadinya Lailatulqadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan".
(Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

 
p/s : Selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat tarawikh
Salam and Salam Sejahtera,

Fuhh, dah bersawang rupenye blog ni. Tiup2 lagi dan lagi...

Dua minggu lebih tiada input untuk diceritakan. Busy la katakan (aaaceeewaaaahhhh, busy la sangat, sebenarnya malas kemain lagi). Hohoho...

Celik mata pagi tadi pukul 6 (Syukur Alhmadulillah, masih bernafas lagi). Style malas nak bangun sahur memang macam ni (Jangan ikut ye, not good). Kata duduk sendiri, hal pun sendiri jugak la gamaknya. Kalau duduk dengan family lain ceritanya. Harus bangun sebab pagi2 ade orang zikir sambil gegar2 katil, "Kak oooooooo kak. Ibu suruh bangun sahur". Sape lagi kalau bukan little sis tu. Tu belum "Big Boss" yang naik atas kejut ketuk2 pintu sambil zikir "Susah betul nak kejut anak dara ni bangun sahur, anak dara kecik dah bangun, anak dara besar tak bangun2 lagi"...

Berbalik cerita tadi, minda separuh sedar ingat "Oooo, hari ni hari Jumaat". Sekali bangun, tepuk2 dahi dengan pipi, "Eh, hari ni Khamis lagi, Jumaat tu esok la"...

Ni mesti kes terasa aura esok cuti Nuzul Quran tapi KL tak ambik pun. Just Selangor, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu je.

Apepun, hidup perlu diteruskan. Tetap semangat datang ofis untuk bekerja jugak even hari ni hari "Jumaat" (Pangggg sekali). Haha.

Selamat berpuasa dan menunaikan tarawikh...

p/s : Tomorrow is a Friday. Yippiiii2!!!!!.... Hari yang paling rilex dan santai (Yeke???. Usually, Jumaat la bos suruh hantar itu ini, meeting sana sini, report update bagai)...
Surah Al-Baqarah Ayat 183 :

"Wahai orang-orang yang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".


Hadis ke-22 dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi :

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
 
 
p/s : Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah tarawikh...
Balik keja semalam, housemate hidang....



 

Apelagi, makan tak hengat dunia la jawapnye.

p/s : Jangan demam suda sebab makan banyak sangat.