Pagi hari Rabu lepas, dapat message :

RM0.00 UITM : Anda telah terpilih menduduki Peperiksaan Khas bagi jawatan Pengurusan & Profesional. Sila layari http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ untuk keterangan lanjut

Dengan rase terujanye, terkedek-kedek la pegi kat url atas tu. Punye semangat nak print slip exam. Sebelum print, check2. Nama, ic, gred F41, jawatan Pegawai Teknologi Maklumatd. Sume betul. Sibaik exam kat UiTM JB. Dekat dengan rumah.

Exam pukul 9 - 11.30 pagi. Kena ade 30 minit awal. Teringat time exam masa studi dulu. Haha.. Sampai2 je, terkejut sebab ramai sangat orang, penuh 1 dewan. Tetibe terfikir, ni baru 1 pusat kat jb, belum kat pusat lain lagi. Persaingan sengit betul. Ade can dapat ke tak ni. Dapat ke, tak dapat ke, tu lain cite. Exam dulu.

Sekali tengok kertas soalan, ade 260 soalan kena jawap dalam 2 1/2 jam. Soalan sahsiah diri, pengetahuan am, matematik pun ado, grammar yang tak bole tahan. Hahaha. Layankan aje la.

Keluar dewan, mata dah kelabu.. Macam mane nak exam SPA 10 April ni?? Yang tu lagi tak bole tahan, 9 pagi - 4.30 petang. Layankan aje. Untung2 jadi PTD (berangan suda).....

0 Orang Berkata-kata: