TM Catat Untung Bersih 2010 RM1.2 Billion, Naik 87.6 Peratus

Di sebalik persekitaran ekonomi mencabar tahun lalu, Telekom Malaysia Bhd (TM) mempamerkan prestasi cemerlang apabila ia mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.206 bilion, melonjak 87.6 peratus daripada RM643.03 juta pada 2009.

Pengerusinya Datuk Dr Halim Shafie, berkata keuntungan itu diraih daripada pendapatan yang meningkat 2.1 peratus kepada RM8.791 bilion berbanding RM8.608 bilion tahun sebelumnya didorong oleh pertambahan permintaan bagi perkhidmatan internet dan data.

"Keuntungan lebih tinggi itu dicapai susulan peningkatan pendapatan secara keseluruhan serta pengurusan kos mantap, keuntungan daripada pelupusan pelaburan bukan teras dan keuntungan belum nyata hasil tukaran wang asing daripada pinjaman mata wang asing."

"TM berjaya mencapai semua ketiga-tiga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2010 dengan pertumbuhan pendapatan 2.1 peratus, marjin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang dinormalisasi sebanyak 33.1 peratus dan membelanjakan 5.1 peratus daripada pendapatan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Bazlan Osman.

Zamzamzairani berkata, sejajar fokus berterusan terhadap pulangan untuk pemegang saham dan pengurusan modal, TM mengumumkan cadangan dividen kasar akhir 13.1 sen sebagai tambahan kepada dividen kasar awal 13 sen yang sudah diagihkan September tahun lalu.

TM juga, katanya bercadang melaksanakan pembayaran balik modal kepada pemegang sahamnya berjumlah kira-kira RM1.037 bilion yang mana pemegang saham TM layak untuk menerima pembayaran tunai 29 sen sesaham.

"Dividen akhir dan pembayaran balik modal kira-kira 39 sen atau RM1.389 bilion itu dijangka akan dibayar serentak Jun depan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

p/s : Setelah cut cost sana sini, teka-teki sudah terjawab. Point??? Alhamdulillah, syukur... 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Time break baru bole update. Huhu. Lately sangat busy. Dah 2 malam saya balik lewat. Hari Rabu pukul 8 malam, semalam pukul 10.15 malam , hari ni??? pukul 12 tengah malam agaknye.

Thanks to one of my friends yang teman saya buat keja malam tadi. Duduk kat sana macam takde rumah nak balik. Tu pun selepas dipaksa untuk teman saya sampai keja saya siap (See, saya sangat kejam. Saya agak tensi malam tadi. Ampun2. Ditambah dengan perut sakit dek masuk angin, dengan saya sekali angin). Keja datang tibe2, macam wahyu dari langit. Gedebuk jatuh tergolek depan mata. Sudahnya, saya yang tergolek.

"Please complete the task ASAP" 

ASAP??? Sikit2 ASAP, lepas tu FYA, important, urgent. Berasap kepala otak ni siapkan segala untuk mengejar due yang dah delay. Sabar je la.

Sekarang, berusaha untuk menguatkan mental, fizikal, rohani. Cara untuk menguatkan mental - sentiasa berfikiran positif, yakin kepada kemampuan diri. Cara menguatkan fizikal - tiru macam saya. Once a week pegi gym. For the purpose of health. Cara menguatkan rohani - Amar Makruf Nahi Mungkar.

Ok. Nak sambung buat keja dah...

p/s : BFF saya pesan banyakkan senyum dan selawat. Thanks bro. Hang pun tau kan macam mana muka aku kalo stress + tension. Hehe.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today is 16 February 2011. 7 tahun lepas, pada tarikh ni – 16 February 2004, buat pertama kalinya saya berpisah dengan family selama 3 bulan kerana menunaikan tanggungjawab kepada negara (ayat skema ok). Sedih yang teramat. Program Khidmat Negara – dalam keadaan paksa dalam rela, hayunan langkah kaki di atur meninggalkan negeri dan keluarga tercinta. Pergi ke suatu tempat asing jauh ke pedalaman, sunyi dari hiruk pikuk kota. Nah, ini dia tempatnye…


Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson. Dah la Siri 1/Kumpulan 1, kire pioneer first batch PKN time tu. Jadi bahan eksperimen je la kami ni. Nasib2. Huhu. Sebulan di kem ni memang banyak menguji kesabaran. Dah la time tu hanset pun takde. Public phone lagi la takde. Agak lame jugak saya tak dapat contact family. Sedih lagi.

Sampai2 je kem, keletihan. Nak urus penginapan, pakaian uniform, segala benda kena buat sendiri. Agak tensi di situ. Kena hangkut segala barang. Rasa macam nak pengsan. Yang tak bole tahan, tido dalam khemah, atas katil lipat, style askar gitu.



Cari2 toilet, rupenye mandi kat kolah tertutup. Rasa macam “Nak balik sekarang jugak!!!!!”. Tensi lagi. Disebabkan seumur hidup saya tidak pernah mencuci baju menggunakan tangan, tapi hari itu buat pertama kalinye dalam sejarah hidup, saya menyental baju sendiri menggunakan tangan (Fuhh, mesti ibu bangga anak dia dah bole berdikari). Hehe.

Hari pertama latihan, pukul 5 pagi dah dikejutkan dengan siren. Pukul 6.15 pagi dah kena berbaris. Disebabkan zaman sekolah dulu ade pengalaman kawad, takde masalah nak berbaris ni. Rutin setiap pagi adalah doa, nyanyian lagu kebangsaan, kawad.

Actually terlalu banyak aktiviti. Tak dapat nak describe satu2. Yang confirm ade ceramah2, presentation dan part aktiviti yang saya bole list flying fox, abseiling, buat rakit, kayak, water confident, camping dalam hutan, jungle trekking malam2 buta sampai sesat even guna kompas (gelabah betul time ni), night walk ni yang tak bole lupe kena jalan sorang2 tengah malam sepanjang 2km lalu jalan kelapa sawit sambil dengar macam2 bunyi (saya jalan laju2, tunduk tak pandang kiri kanan sambil peluk botol air). Hehe.

2 minggu selepas tu, result SPM keluar. Hehe. Then, a week after tu, ibu ayah datang melawat. Ayat pertama yang keluar dari mulut ayah “Anak ayah ke ni?”. Ye saya tau saya dah gelap. Hari2 jemur panas sampai terbakar kulit. Nasib tak hangus. Huhu.

Sebulan duduk di kem, tibe masa untuk berpindah ke Universiti Malaya untuk Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti. Selamat tinggal kem yang banyak mengajar saya erti kehidupan, berdikari, setiakawan, dan yang paling penting disiplin.

Selamat datang ke Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Kehidupan baru selama 2 bulan akan bermula di sini.


First College, located atas bukit depan tasik. Life kat UM tak seperti di kem yang agak ketat disiplinnye. Abang, kakak fasi semua sekepala tapi kami tetap respect sama mereka. Layan beb. Huha huha lah kami di sini.

Fakulti Undang2, Fakulti Perubatan, Akademi Pengajian Islam, Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan semua telah diexplore dengan jayanya semasa Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti.

1 Mei 2004 hari terakhir di UM. Tibe masa untuk kembali ke pangkuan keluarga. Selamat tinggal UM, selamat tinggal PKN, selamat kembali ke Baiti Jannati. Tak sabar nak balik masa tu.

Berat saya naik mendadak selepas habis training 3 bulan. From 42kg to 50kg. Tensi lagi ok sebab ramai yang tegur. Huhu.

Even dah 7 tahun saya tinggalkan PKN, memori sepanjang latihan tak pernah hilang dari ingatan. Dengan kawan2 pun still keep in touch lagi. Saya rindu mereka semua...

A week after balik, saya terus masuk matrik. Start dari situ, memang tak lekat kat rumah. Matrik -> Tangkak, 1st Degree -> Melaka, Praktikal -> Bangi, Now -> Keja kat KL (sebelah UM je pun), Next -> ??????

Sampai ayah saya cakap "Makin jauh kakak"......


***Picture kredit too Pakcik Google 
Today

After I shown all

It was rejected

"Niza, try to find something else, I challenge you to write and publish your article to auditor", said my PM

Moral down

Dunno what to do

If can, I want to go to some place, rest my mind, without any interruption... NOW

I feel so tired today, my head spinning

Just want to go back and sleep

but

It's raining outside

Flu

That's it

For today
Process can be changed

Technology can be changed

But

Culture and people hard to changed


Which problem has business value?
What is the highest business value?

Pain in the neck, close to your heart

p/s : Saya tak tau apa yang saya merepek kat atas tu. Pitam + fengsan kejap.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama rupenya tak update blog ni dek kerana busy + malas + macam2 alasan.

Very short and quick update...

Life and work - Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ada sedikit perubahan yang mungkin akan berlaku dalam keja dan kehidupan saya beberapa bulan akan datang. Hopefully semua berjalan tanpa sebarang masalah.

p/s : Masih buntu mencari tajuk research. Huhu...