TM Catat Untung Bersih 2010 RM1.2 Billion, Naik 87.6 Peratus

Di sebalik persekitaran ekonomi mencabar tahun lalu, Telekom Malaysia Bhd (TM) mempamerkan prestasi cemerlang apabila ia mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.206 bilion, melonjak 87.6 peratus daripada RM643.03 juta pada 2009.

Pengerusinya Datuk Dr Halim Shafie, berkata keuntungan itu diraih daripada pendapatan yang meningkat 2.1 peratus kepada RM8.791 bilion berbanding RM8.608 bilion tahun sebelumnya didorong oleh pertambahan permintaan bagi perkhidmatan internet dan data.

"Keuntungan lebih tinggi itu dicapai susulan peningkatan pendapatan secara keseluruhan serta pengurusan kos mantap, keuntungan daripada pelupusan pelaburan bukan teras dan keuntungan belum nyata hasil tukaran wang asing daripada pinjaman mata wang asing."

"TM berjaya mencapai semua ketiga-tiga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2010 dengan pertumbuhan pendapatan 2.1 peratus, marjin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang dinormalisasi sebanyak 33.1 peratus dan membelanjakan 5.1 peratus daripada pendapatan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Bazlan Osman.

Zamzamzairani berkata, sejajar fokus berterusan terhadap pulangan untuk pemegang saham dan pengurusan modal, TM mengumumkan cadangan dividen kasar akhir 13.1 sen sebagai tambahan kepada dividen kasar awal 13 sen yang sudah diagihkan September tahun lalu.

TM juga, katanya bercadang melaksanakan pembayaran balik modal kepada pemegang sahamnya berjumlah kira-kira RM1.037 bilion yang mana pemegang saham TM layak untuk menerima pembayaran tunai 29 sen sesaham.

"Dividen akhir dan pembayaran balik modal kira-kira 39 sen atau RM1.389 bilion itu dijangka akan dibayar serentak Jun depan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

p/s : Setelah cut cost sana sini, teka-teki sudah terjawab. Point??? Alhamdulillah, syukur... 

5 Orang Berkata-kata:

cla said...

byk bonus ni..cpt open table

Azlan said...

bonus = belanja

Miss Haniza said...

Bab ni, semua laju ek

..cik sha.. said...

urm....bonus..tolak itu ini, gedabak gedebuk. samo la xdok bonus..hahahahah

Anonymous said...

wah, sronok nye.. ^_^