Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri ni khas untuk menjawab soalan yang di tag oleh Kak Laily. Huhu......


5 tarikh penting :

1. 14 September
2. 25 Disember
3. 16 Oktober
4. 1 Julai
5. 16 Februari


5 perkara saya buat semalam :

1. Saya main sudoku. Perkara wajib setiap hari.

2. Saya puasa semalam. Friendly reminder, siape yang tak ganti puasa lagi, sila berbuat demikian. Dah nak masuk bulan April ni. Awal Ogos dah start Ramadhan. Instead of remind all of you, it also remind me as well. Huhu.

3. Balik ofis agak lambat. Maghrib baru sampai rumah (Nak kata wanita bekerjaya la konon. Cett). Berdedikasi la nampak tapi sebenarnye bos komen2 lagi "You all ni baik tapi nakal dan tak nak dengar cakap je". (Kite dua memang suke menjawab bile bos cakap kan Aleya). Tapi betul memang banyak keja sekarang.

4. Pegi Shah Alam. Balik keja, terus siap2 nak keluar dengan kakak2 dan abang saya. Tapau Subway sambil makan, lepak kat Dataran Shah Alam. Sebab ape panggil kakak dengan abang?? Sebab kami dah macam adik beradik (Kak C-la, Kak Sha, Abang Arif, nanti kita p makan sama lagi na)

5. Semalam, saya call orang2 yang saya sayang. Hehe. Saya rindu sama mereka semua. Tapi sedih tak dapat cakap dengan ayah. Hukhuk.


5 perkara buat saya gembira :

1. Bersama dengan orang2 yang saya sayang (Rindu nak balik rumah. Tetibe) 

2. Saya dapat ape yang saya nak (Nak iPad 2. Huhu. Motip???)

3. Lepak bersama kakak2 dan abang2 saya. Berjimba2, berfoya2. Sangat rindu time studi dulu.

4. Bila dapat hadiah (Sape yang tak suke bile dapat hadiah??)

5. Ni benda yang paling menggembirakan saya kalo dapat. Saya ulang kalo dapat ye. Saya rasa gembira kalo ayah saya bagi green light + down payment untuk beli kereta (Jangan kau bermimpi di siang hari Niza oiii). Sikit punye susah nak dapat green light ooo. Saya kena by pass firewall dan proxy server kat rumah tu dulu. Itu baru logical layer. Ni pulak physical layer, kena by pass kastam dengan imigresen pulak. Mencabar korang tau tak.


5 perkara sebab jawab soalan :

1. Sebab kena tag.

2. Tag ni kire macam update la jugak kan.

3. Nak kongsi ape yang saya buat semalam. Ape yang bole di share, saya akan share but if too personnel, takde saya nak tepek dalam blog ni.

4. Sebab datang ofis awal, laju2 taip entri ni.

5. Sebab suka hati saya la ye. Huhu (Ni sebab dah tak tau nak letak reason ape)


5 kawan untuk di tag :

1. Aleya
2. Aisya
4. Qucai
5. Sheila


Ok. Dah jawab dah. Sekarang, kamu berlima yang dalam senarai tu, sila jawab tag saya pulak. Tata...

4 Orang Berkata-kata:

..cik sha.. said...

shaye shuke!!!!!

Miss Haniza said...

hehe.sy juga...dah, pi jwp tag sy tuh..

Unknown said...

kat opis xleh tgk shoutbox

anda ditag!!

http://shootsyuhada.blogspot.com/2011/04/segmen-saya-follow-sebab.html

Miss Haniza said...

kena tempias c-la ni.huhu..