Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,
Entri pertama di bulan Oktober disebabkan kurang rajin nak update. Huhu.. Tajuk entri ada kaitan dengan cerita di bawah. Teruskan membaca :)
Last weekend, 15-16 Oktober lepas saya bersama-sama rakan ofis telah ber"team building" di TM Training Center (TMTC) Taiping. Kedatangan kali kedua ke TMTC membuatkan saya terkenang memori 1 Julai 2009 lepas ketika berkursus induksi selama tiga minggu sebelum memulakan khidmat sebagai kuli TM.
Main entrance TMTC
Sepanjang dua hari tu, memang padat dengan aktiviti outdoor yang memang menguji kesabaran, semangat, dan sewaktu dengannya. Bermula dengan sesi ice-breaking dan seterusnya 10 kumpulan menunjukkan kehebatan dengan War Cry masing2 termasuk kumpulan saya.
Bergambar ramai2 selepas acara perasmian
Seterusnya, aktiviti Amazing Race petang Sabtu yang memerlukan kami untuk menjawab soalan berpandukan check point yang diberikan. Dengan berjalan kaki selama dua jam lebih mengelilingi bandar Taiping include Taiping New Club, War Cemetery, Zoo Taiping and Night Safari, Bukit Larut, dan macam2 lagi (Actually masa induksi, kena jawab soalan yang sama tu jugak. Disebabkan storage sikit, RAM slow, short term memory, semua jawapan tak hengat. Huhu. Sila abaikan).
Aktiviti malam - Compass Orienteering. Kami diberikan kompas, peta, clue, dan bearing untuk mencari check point yang telah ditetapkan. Agak berpeluh jugak berlari2 dalam kawasan TMTC tu semata2 untuk mencari check point.
Aktiviti pagi Ahad dimulakan dengan senaman regangan. Sebabnya, lepas breakfast, kami kena mendaki Bukit Larut menggunakan laluan trek yang ada (Tak sah datang Taiping kalo tak panjat Bukit Larut). Kali pertama saya mendaki Bukit Larut dengan laluan jalan tar yang banyak selekoh + agak curam masa induksi. Kali ni laluan trek yang memang cantas (memang potong banyak jalan). Mula naik jam 9.10 pagi dan sampai jam 10.10 pagi. Turun semula jam 10.30 pagi ikut laluan jalan tar, sampai pada jam 12 tengah hari. Sakit kaki, kejang otot tu jangan cerita. Huhu...
On the way ke Bukit Larut
Selepas itu, semua berkumpul untuk majlis pnutup dan penyampaian hadiah. Kumpulan saya menang "War Cry" Terbaik. Kumpulan saya, Ohsem dengan trademark kumpulan Aumm Aummm :)
Dah nak tutup cerita, baru nak kisah tajuk entri.....
OHSEM diambil dari perkataan Awesome :)
Walaupun kumpulan kami 10 orang, kumpulan yang paling sedikit, tapi paling penting semangat Aumm Aummm itu. Hehehehe....
Terima kasih group OHSEM atas kerjasama, komitmen, curahan tenaga, idea, kreativiti, dan paling penting semangat berpasukan.
Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi… H.O.T.T.O.G.O Aumm!!!
p/s : TMTC - left with memories and footprints. Sampai KL rasa sakit2, lenguh2 satu badan. Tiba2 terfikir "Kalo dapat mesin urut OSIM ke, OGAWA ke, mau layan ni. Kena cepat2 kawin, baru ada tukang urut free :)"
0 Orang Berkata-kata:
Post a Comment