Unit : Section Technology Management
Department : Regional Network Operation (IP Network)
Position : AM Network Integration
Location : Level 3, Unit Data, TM Bukit Timbalan
p/s : Semoga urusan dipermudahkan. Aminnn......
Perkara pertama : "Kasih sayang anugerah yang tidak ternilai"
Syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas pada hari ini dan dapat merasa kasih sayang daripada ibu dan ayah, adik beradik, dan teman2. Pengalaman lepas banyak mengajar erti kesabaran, persefahaman, dan kepercayaan. Walaupun adakalanya kurang menutur bicara, tapi "Less conversation is better to make us appreciate each others".
Perkara kedua : "Hidup umpama roda"
Hidup diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar ke atas dan ke bawah. Putaran itu merupakan suatu perjalanan hidup menuju Pencipta. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.
Perkara ketiga : "Ilmu dan amal"
Mencari hala tuju dalam hidup untuk dibuat bekalan. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang tidak tahu. Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan untuk ganjaran akan datang. Harus berDUIT - berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakal.
Perkara keempat : "Perubahan yang lebih baik"
Jika mahu berubah kepada keadaan yang lebih baik, lakukan dengan ikhlas, analyze dengan kerendahan hati, berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah, the next chapter will be blessed.
Perkara kelima : "Saling mengingati"
Lupa adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Kadang kala terleka dan alpa dengan tanggungjawab. Manusia hanyalah insan biasa yang banyak kelemahannya. Masih mencari yang terbaik dalam kehidupan dan untuk dibuat bekalan menghadap Pencipta.
p/s : Sentiasa mengingati pesan ayah yang sentiasa di bawa ke mana-mana saja... 3 benda penting yang perlu dijaga oleh seorang perempuan. Jaga maruah diri, jaga aurat, jaga solat...
Malaysia Career & Training Fair 2010 / Post Graduate Education Fair 2010
Date: 8 – 10 October 2010
Time : 10 AM – 7 PM
Location : Halls 1, 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre
More info, please visit :
Salam dan salam sejahtera semua,
Ni cerita Isnin minggu lepas. Tak kisah la nak kata dah basi ke ape ke, yang penting blog ni tempat untuk saya "baling" + "campak" segala cerita yang bole dikongsi. Berbalik pada cerita 27 September lepas, sampai je ofis pagi tu, benda pertama yang dibuat ialah check semua emel include emel yahoo. Dan saya sangat2 terkejut bila dapat notification email from yahoo "How to reset your Yahoo! password".
Tarikh dan masa suda dipadam
Setau saya, kite akan dapat emel macam ni bila klik "I can't access my account".
Bila saya baca dari atas sampai bawah, mata mula tak berganjak dari ayat ni "You recently requested a new password to sign in to your Yahoo! account". Otak terus fikir, "Aku tak pernah request ape2. Bila masa aku request untuk reset password emel ni? Tarikh request pada 26 September 2010 jam 5.01 petang. Time ni aku dalam tren". Terus hati rasa berdebar2. Dug dag dug dag. Siapa yang request ni???
Sepantas kilat terus tukar password for security purpose.
Banyak persoalan bermain dikepala. Siapa dan kenapa mesti saya??????
p/s : Saya minta maaf jika ada tutur kata saya yang pernah mengguris perasaan, andai ada yang pernah terasa dengan sikap dan perbuatan saya, atau apa-apa kesalahan yang menyinggung sesiapa sama ada secara sedar atau tidak. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
p/s : Saya minta maaf jika ada tutur kata saya yang pernah mengguris perasaan, andai ada yang pernah terasa dengan sikap dan perbuatan saya, atau apa-apa kesalahan yang menyinggung sesiapa sama ada secara sedar atau tidak. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari Jumaat, 2 Oktober 1998, jam 6.45 petang ketika saya baru pulang dari sekolah agama...
Adik : Nape muka ibu berkerut-kerut? Ibu sakit ke?
Ibu : Takde ape2 la. Masuk mandi pastu siap2 pegi mengaji.
Adik : (Masuk tanpa banyak tanya).
Balik dari mengaji...
Ayah : Along duduk rumah jaga adik. Kunci semua pintu. Ayah nak hantar ibu pegi hospital. Ibu dah sakit nak bersalin.
Along : Ayah balik tak?
Ayah : Nanti ayah telefon.
Adik : Kite nak dapat adik ek ayah (ntah ape2 soalan saya tanye time tu).
Ayah : Doakan ibu selamat ye.
Jam 10.25 malam melalui panggilan telefon...
Ayah : Ibu dah bersalin. Dapat adik perempuan..
Adik : Adik?? Nape panggil dia adik???
Ayah : Sebab adik dah jadi kakak. Kejap lagi ayah balik rumah.
Selepas beberapa hari...
Adik : Ibu, nape orang selit2 duit kat tepi bantal baby ni?
Ibu : Tu duit sedekah. Orang bagi dekat baby. Sekarang dah kena panggil adik ni "kakak".
Adik : Hah??!! Kakak!!! Tak nak!!! Tak nak!!!
Ibu : Jangan cakap kuat2. Nanti adik bangun.
Adik : Huhhh (Merajuk konon protes tak puas hati). Sikit2 baby, sikit2 adik.
Syawal 1431H ketika menonton tv...
Adik : Mana boleh!!!
Kakak : Kejap je la!!! (Terus ambik remote dari tangan adik)
Adik : Kakak ni!!!!!!!!!!!!
Tibe2 ayah muncul...
Ayah : Gaduhkan ape tu???
Kakak : Ni ha. Asyik tengok tv je. Pi baca buku sana. Nak exam dah kan.
Adik : Elle, nanti, jap lagi laaa.
Kakak : Kite minta remote die tak bagi. Pastu kite ambik je la.
Ayah : Ni siapa kakak, siapa adik ni?
Kakak : Tu kakak (sambil menunjuk jari kat adik). Ni adik.
Ayah : ?????
Macam ni la life saya dengan adik. Hari2 bergaduh if duduk rumah. Gaduh2 pun i tetap sayang u my dear. Masa die baru lahir, saya memang agak jeles. Yela kan. Semua bagi perhatian kat die. Rase macam disisihkan. 12 tahun saya jadi anak bongsu ibu dengan ayah, tetibe ade orang "merampas" kedudukan saya. Huhuhuhu... Dengan paksa dalam rela, lama2 saya dah bole sesuaikan diri dengan panggilan "kakak".
Hari ni birthday adik saya. Happy birthday my little sis. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga dapat capai impian yang kakak tak dapat semasa umur kamu ye. Aminnn....
Salam dan salam sejahtera,
Tengok tajuk mesti dah tau entri kali ni tentang ape. Ye, Deja Vu... Saya selalu mengalami perasaan seperti itu. Kamu semua pernah mengalaminya??
Meh saya cerite sikit makna deja vu ni. Deja vu ialah suatu keadaan di mana kita rasakan kita pernah lalui situasi itu sebelum ini, dengan yakin. Keadaan, rasa, rasa macam sama.... Contohnya : Ali pergi ke kedai Pak Rahmat, semasa di kedai tu dia rasakan orang yang duduk di sekililingnya sama seperti yang dia alami sebelum ini. Orang yang sama, baju yang dipakai oleh orang tu pun sama dan perkara yang dibualkan pun sama.
Deja vu merupakan sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahwa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelum ini. Peristiwa ini boleh jadi berupa sebuah tempat baru yang sedang dikunjungi, perbuatan yang sedang dilakukan, atau sebuah acara TV yang sedang ditonton.
Lagi pelik, kadang2 kita juga tidak mampu untuk dapat benar-benar mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya rasa misteri yang membuat kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.
Lagi pelik, kadang2 kita juga tidak mampu untuk dapat benar-benar mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya rasa misteri yang membuat kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.
p/s : Deja vu mengingatkan saya kepada seorang kawan yang sama2 praktikal dengan saya dulu, engineering student from UM yang suka berkongsi dan bercerita benda2 aneh dan pelik bile dah takde keja. Dialah yang membuat saya faham pengertian deja vu.
Salam dan salam sejahtera semua...
Selamat kembali ke ofis Cik Haniza. Huhuhuhu...
Semalam, bangun pagi pun macam malas2 nak pegi keja. Tapi apakan daya, kena jugak keja...
Berbalik pada tajuk entri kat atas, saya jarang buat entri pasal makanan. Entri kali ni nak cerita pertama kali berbuka puasa kat rumah tahun ni. Plus minus lebih kurang 2 bulan lebih dah tak balik rumah jenguk tilam, bantal golek, teddy Patrick Star. Yang paling penting, balik nak jenguk family + sambut raya sekali.
Saya di jamu dengan macam2 makanan. Almaklumlah, anak yang paling jauh balik, apa saja kemahuan akan dituruti. Petang tu saya berbuka :
Daging Masak Kicap
Sayur Kubis
Dua lauk ni ibu saya masak. Saya tolong tengok je.
Sate
Keropok Lekor
Sandwich Sardin
Haaa, yang ni saya buat. Itu pun lepas sesi tolak-menolak dengan abang saya.
Anggur Hitam
Air Sunquick, Air Kopi
Rasa sangat seronok dapat berbuka dengan family hari tu... Raya tahun ni, saya menghabiskan 11 hari dengan berjalan2 dan makan2. Lepas ni kena tunggu Raya Haji, baru dapat balik rumah (itu pun kalau dapat balik). Huhuhuhu. Tapi yang pasti setiap kali balik, akan ada list ape yang saya nak makan. Dan ibu saya jenis melayan ape anak nak makan sampai setiap kali balik, mesti ayat ni akan keluar dari mulut ibu saya "Balik ni nak kena masak ape pulak?". Macam biase, saya buat muka duaposen (muka kesian minta dikasihani). Hehehe. Lagi lama duduk rumah, lagi banyak makan, tapi berat tetap tak bertambah. Haishhh. Pe kes ni???
Subscribe to:
Comments (Atom)








