Salam dan salam sejahtera semua,

Ni cerita Isnin minggu lepas. Tak kisah la nak kata dah basi ke ape ke, yang penting blog ni tempat untuk saya "baling" + "campak" segala cerita yang bole dikongsi. Berbalik pada cerita 27 September lepas, sampai je ofis pagi tu, benda pertama yang dibuat ialah check semua emel include emel yahoo. Dan saya sangat2 terkejut bila dapat notification email from yahoo "How to reset your Yahoo! password".

Tarikh dan masa suda dipadam


Setau saya, kite akan dapat emel macam ni bila klik "I can't access my account".


Bila saya baca dari atas sampai bawah, mata mula tak berganjak dari ayat ni "You recently requested a new password to sign in to your Yahoo! account". Otak terus fikir, "Aku tak pernah request ape2. Bila masa aku request untuk reset password emel ni? Tarikh request pada 26 September 2010 jam 5.01 petang. Time ni aku dalam tren". Terus hati rasa berdebar2. Dug dag dug dag. Siapa yang request ni???

Sepantas kilat terus tukar password for security purpose.

Banyak persoalan bermain dikepala. Siapa dan kenapa mesti saya??????

p/s : Saya minta maaf jika ada tutur kata saya yang pernah mengguris perasaan, andai ada yang pernah terasa dengan sikap dan perbuatan saya, atau apa-apa kesalahan yang menyinggung sesiapa sama ada secara sedar atau tidak. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

0 Orang Berkata-kata: