Cerita bersambung lagi. Janji2, ni entri last...
Masa tengah jalan kaki dari stesen Kerinchi ke ofis, saya ditegur seorang lelaki yang tak dikenali. Saya dah perasan awal2 lagi yang lelaki tu pandang dua tiga kali. Dalam hati "Ni takde lain. Tengok tangan dengan muka aku la tu". Sekali betul ape yang saya rasa.
"Kenapa tangan tu? Burn?"
"Kena minyak panas."
"Masak ye. Ade letak colgate lepas kena?"
"Takde. Tak tau pulak bole letak colgate. Letak minyak je."
Sampai lobi, dia tanya lagi...
"Ofis kat sini jugak?"
"A'aa."
"Tingkat berapa."
"Tingkat 32."
"I tingkat 25."
Sampai floor 25 sempat dia pesan, "Take care. See u."
Perihatin sungguh orang Malaysia ni kan...
Meh2, sambung lagi...
Pagi tadi saya pegi Pusat Perubatan Menara sebab tangan "mengembang" yang tak tau bila nak surut2 ni...
Doktor : Haniza sakit ape?
Saya : (Terus tunjuk tangan sambil cerita)
Doktor : Oooo, ni kena pecahkan ni. Tunggu sekejap. Saya ambik glove, jarum, dengan kapas. Lepas dah pecah, sapu antibiotik kat tempat tu. Awak pregnant ke?
Saya : (Laju2 saya geleng kepala)
Doktor : Dah kawin?
Saya : Belum... Jap, nanti doktor. Sakit tak? (Dengan harapan doktor bagi bius)
Doktor : Tak rasa sakit pun.
Doktor pun keluarkan jarum dari bekas. Scary ooooo. Saya dah tutup2 muka, pejam2 mata. Doktor tengok pun gelak. Haha. Lepas dah cucuk, air pun keluar...
Saya : Ni air kotor ke doktor?
Doktor : Tak. Ni air dari dalam badan kita. Air bersih. Sakit ke?
Saya : Sakit bila doktor tekan. Ada tinggal parut tak?
Doktor : Takde parut. Nanti letak bio oil kat muka. Minyak tu bagus untuk hilangkan kesan kat muka tu. Saya letak antibiotik kat tangan ni. Nanti rajin2 sapu. Saya tak bandage sebab berair, basah, nanti lambat kering.
Saya : Ok. Terima kasih doktor.
Sekarang ni, saya cuma harapkan tangan ni cepat sembuh...
Aleya, TQ sebab teman. Hehehe...
p/s : Case closed
3 Orang Berkata-kata:
saye teman dr luar je...leh dpt TQ jgk ke? :P sy berani2 takot je
bole je.hehe...
moga awak cepat sembuh... ;-)
Post a Comment