Perkara pertama : "Kasih sayang anugerah yang tidak ternilai"
Syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas pada hari ini dan dapat merasa kasih sayang daripada ibu dan ayah, adik beradik, dan teman2. Pengalaman lepas banyak mengajar erti kesabaran, persefahaman, dan kepercayaan.  Walaupun adakalanya kurang menutur bicara, tapi "Less conversation is better to make us appreciate each others".


Perkara kedua : "Hidup umpama roda"
Hidup diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar ke atas dan ke bawah. Putaran itu merupakan suatu perjalanan hidup menuju Pencipta. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.


Perkara ketiga : "Ilmu dan amal"
Mencari hala tuju dalam hidup untuk dibuat bekalan. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang tidak tahu. Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan untuk ganjaran akan datang. Harus berDUIT - berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakal.


Perkara keempat : "Perubahan yang lebih baik"
Jika mahu berubah kepada keadaan yang lebih baik, lakukan dengan ikhlas, analyze dengan kerendahan hati, berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah, the next chapter will be blessed.


Perkara kelima : "Saling mengingati"
Lupa adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Kadang kala terleka dan alpa dengan tanggungjawab. Manusia hanyalah insan biasa yang banyak kelemahannya. Masih mencari yang terbaik dalam kehidupan dan untuk dibuat bekalan menghadap Pencipta.

 

p/s : Sentiasa mengingati pesan ayah yang sentiasa di bawa ke mana-mana saja... 3 benda penting yang perlu dijaga oleh seorang perempuan. Jaga maruah diri, jaga aurat, jaga solat...

0 Orang Berkata-kata: