Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today is 16 February 2011. 7 tahun lepas, pada tarikh ni – 16 February 2004, buat pertama kalinya saya berpisah dengan family selama 3 bulan kerana menunaikan tanggungjawab kepada negara (ayat skema ok). Sedih yang teramat. Program Khidmat Negara – dalam keadaan paksa dalam rela, hayunan langkah kaki di atur meninggalkan negeri dan keluarga tercinta. Pergi ke suatu tempat asing jauh ke pedalaman, sunyi dari hiruk pikuk kota. Nah, ini dia tempatnye…


Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson. Dah la Siri 1/Kumpulan 1, kire pioneer first batch PKN time tu. Jadi bahan eksperimen je la kami ni. Nasib2. Huhu. Sebulan di kem ni memang banyak menguji kesabaran. Dah la time tu hanset pun takde. Public phone lagi la takde. Agak lame jugak saya tak dapat contact family. Sedih lagi.

Sampai2 je kem, keletihan. Nak urus penginapan, pakaian uniform, segala benda kena buat sendiri. Agak tensi di situ. Kena hangkut segala barang. Rasa macam nak pengsan. Yang tak bole tahan, tido dalam khemah, atas katil lipat, style askar gitu.



Cari2 toilet, rupenye mandi kat kolah tertutup. Rasa macam “Nak balik sekarang jugak!!!!!”. Tensi lagi. Disebabkan seumur hidup saya tidak pernah mencuci baju menggunakan tangan, tapi hari itu buat pertama kalinye dalam sejarah hidup, saya menyental baju sendiri menggunakan tangan (Fuhh, mesti ibu bangga anak dia dah bole berdikari). Hehe.

Hari pertama latihan, pukul 5 pagi dah dikejutkan dengan siren. Pukul 6.15 pagi dah kena berbaris. Disebabkan zaman sekolah dulu ade pengalaman kawad, takde masalah nak berbaris ni. Rutin setiap pagi adalah doa, nyanyian lagu kebangsaan, kawad.

Actually terlalu banyak aktiviti. Tak dapat nak describe satu2. Yang confirm ade ceramah2, presentation dan part aktiviti yang saya bole list flying fox, abseiling, buat rakit, kayak, water confident, camping dalam hutan, jungle trekking malam2 buta sampai sesat even guna kompas (gelabah betul time ni), night walk ni yang tak bole lupe kena jalan sorang2 tengah malam sepanjang 2km lalu jalan kelapa sawit sambil dengar macam2 bunyi (saya jalan laju2, tunduk tak pandang kiri kanan sambil peluk botol air). Hehe.

2 minggu selepas tu, result SPM keluar. Hehe. Then, a week after tu, ibu ayah datang melawat. Ayat pertama yang keluar dari mulut ayah “Anak ayah ke ni?”. Ye saya tau saya dah gelap. Hari2 jemur panas sampai terbakar kulit. Nasib tak hangus. Huhu.

Sebulan duduk di kem, tibe masa untuk berpindah ke Universiti Malaya untuk Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti. Selamat tinggal kem yang banyak mengajar saya erti kehidupan, berdikari, setiakawan, dan yang paling penting disiplin.

Selamat datang ke Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Kehidupan baru selama 2 bulan akan bermula di sini.


First College, located atas bukit depan tasik. Life kat UM tak seperti di kem yang agak ketat disiplinnye. Abang, kakak fasi semua sekepala tapi kami tetap respect sama mereka. Layan beb. Huha huha lah kami di sini.

Fakulti Undang2, Fakulti Perubatan, Akademi Pengajian Islam, Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan semua telah diexplore dengan jayanya semasa Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti.

1 Mei 2004 hari terakhir di UM. Tibe masa untuk kembali ke pangkuan keluarga. Selamat tinggal UM, selamat tinggal PKN, selamat kembali ke Baiti Jannati. Tak sabar nak balik masa tu.

Berat saya naik mendadak selepas habis training 3 bulan. From 42kg to 50kg. Tensi lagi ok sebab ramai yang tegur. Huhu.

Even dah 7 tahun saya tinggalkan PKN, memori sepanjang latihan tak pernah hilang dari ingatan. Dengan kawan2 pun still keep in touch lagi. Saya rindu mereka semua...

A week after balik, saya terus masuk matrik. Start dari situ, memang tak lekat kat rumah. Matrik -> Tangkak, 1st Degree -> Melaka, Praktikal -> Bangi, Now -> Keja kat KL (sebelah UM je pun), Next -> ??????

Sampai ayah saya cakap "Makin jauh kakak"......


***Picture kredit too Pakcik Google 

1 Orang Berkata-kata:

Saya Budak Baik said...

Disebabkan seumur hidup saya tidak pernah mencuci baju menggunakan tangan, tapi hari itu buat pertama kalinye dalam sejarah hidup, saya menyental baju sendiri menggunakan tangan (Fuhh, mesti ibu bangga anak dia dah bole berdikari) <-- dhsyat.........