Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah ini sekadar perkongsian. Harap membuatkan kita lebih berfikir. Ambil yang baik dari cerita ini...




Sesiapa yang menggunakan LRT sebagai pengangkutan harian seperti saya akan familiar dengan papan tanda seperti kat atas ni. Bukan saja LRT, Komuter, ERL, dalam bas pun ada papan tanda ni sebagai peringatan kepada orang ramai.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita, kisah ni berlaku petang semalam (hampir pukul 7 petang) ketika saya pulang dari tempat kerja. Memandangkan hanya satu stesen saja dari Kerinchi ke Universiti, perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama. Nasib saya baik kerana tren 4 koo, dan orang tidak seramai ketika pagi (waktu orang keluar bekerja) walaupun semua tempat duduk penuh.

Sewaktu pintu tren terbuka, saya lihat seorang perempuan sarat mengandung sedang berdiri dengan memegang pemegang yang tergantung pada besi dihadapan pintu tren. Mengapa dia harus berdiri dalam keadaan seperti itu???

Mata saya terus melihat dua orang perempuan yang sedang asyik berbual dihadapan perempuan yang mengandung itu. Terus hati saya berbisik :

"Macam mana perempuan yang sedang duduk itu bole bersembang, riang bergelak ketawa sedangkan dihadapan mereka ada seorang perempuan yang lebih memerlukan tempat duduk? Tiada perasaankah mereka2 ni? Tidak nampak? Tidak sedar? Sedangkan jelas di hadapan mata mereka keadaan perempuan yang sarat mengandung tu."

Mahu saja saya menegur mereka berdua itu tapi disebabkan tren sudah sampai stesen Universiti, saya hentikan niat tersebut. Sebelum pintu tertutup saya sempat menoleh ke arah dua perempuan itu. Saya tahu salah seorang sedar yang saya memerhatikan mereka.

Sewaktu pintu tren tertutup, saya terlihat pula seorang pakcik tua sedang berdiri. Rasa sedih kerana manusia2 di dalam tren itu tiada kesedaran langsung.  

Whenever you get up and offer your seat to to the elders, pregnant woman, disabled people on the LRT, you get glared at.

Budi bahasa budaya kita. Putting it up on banners everywhere MUST mean its true. Kita tidak akan rugi apa2 jika kita mengamalkannya dalam kehidupan. Orang akan lebih hormat kepada kita. Jangan sekadar rupa saja elok, perangai harus elok juga ye.

Tujuan entri kali ni bukan untuk mengeji, mengutuk, jauh sekali untuk memalukan sesiapa. Tetapi sebagai peringatan untuk kita semua.

p/s : Ambil yang baik buang yang buruk. Renung2kan...

4 Orang Berkata-kata:

aleya said...

sy juge selalu memerlukan tmpat duduk..tp tiada yg sudi utk memberi..sy tdk mengandung..sy tidak cacat..sy tidak tua..tp sy cume...mengantok...........

p/s: perlukan tmpat duduk utk sy tdo hahah

Miss Haniza said...

hahaha.ni kes berprofil tinggi..tempat duduk khas utk zzzzz...

Akulah Pak Lan said...

yup..agree..Kempen tak akan mengubah apa-apa selagi benak hati kita keras untuk berubah.

Learn to respect people, and people will respect us back in return.

Miss Haniza said...

hopefully org berakal yg sempurna sifat tidak akan pura-pura pekak,pura-pura buta mata dan hati