Cerita bersambung lagi. Janji2, ni entri last...

Masa tengah jalan kaki dari stesen Kerinchi ke ofis, saya ditegur seorang lelaki yang tak dikenali. Saya dah perasan awal2 lagi yang lelaki tu pandang dua tiga kali. Dalam hati "Ni takde lain. Tengok tangan dengan muka aku la tu". Sekali betul ape yang saya rasa.

"Kenapa tangan tu? Burn?"

"Kena minyak panas."

"Masak ye. Ade letak colgate lepas kena?"

"Takde. Tak tau pulak bole letak colgate. Letak minyak je."


Sampai lobi, dia tanya lagi...

"Ofis kat sini jugak?"

"A'aa."

"Tingkat berapa."

"Tingkat 32."

"I tingkat 25."

Sampai floor 25 sempat dia pesan, "Take care. See u."

Perihatin sungguh orang Malaysia ni kan...


Meh2, sambung lagi...

Pagi tadi saya pegi Pusat Perubatan Menara sebab tangan "mengembang" yang tak tau bila nak surut2 ni...

Doktor : Haniza sakit ape?
Saya    : (Terus tunjuk tangan sambil cerita)
Doktor : Oooo, ni kena pecahkan ni. Tunggu sekejap. Saya ambik glove, jarum, dengan kapas. Lepas dah pecah, sapu antibiotik kat tempat tu. Awak pregnant ke?
Saya    : (Laju2 saya geleng kepala)
Doktor : Dah kawin?
Saya    : Belum... Jap, nanti doktor. Sakit tak? (Dengan harapan doktor bagi bius)
Doktor : Tak rasa sakit pun.

Doktor pun keluarkan jarum dari bekas. Scary ooooo. Saya dah tutup2 muka, pejam2 mata. Doktor tengok pun gelak. Haha. Lepas dah cucuk, air pun keluar...

Saya    : Ni air kotor ke doktor?
Doktor : Tak. Ni air dari dalam badan kita. Air bersih. Sakit ke?
Saya    : Sakit bila doktor tekan. Ada tinggal parut tak?
Doktor : Takde parut. Nanti letak bio oil kat muka. Minyak tu bagus untuk hilangkan kesan kat muka tu. Saya letak antibiotik kat tangan ni. Nanti rajin2 sapu. Saya tak bandage sebab berair, basah, nanti lambat kering.
Saya    : Ok. Terima kasih doktor.

Sekarang ni, saya cuma harapkan tangan ni cepat sembuh...

Aleya, TQ sebab teman. Hehehe...

p/s : Case closed
Selamat kembali ke ofis ye Cik Haniza selepas bercuti 2 hari...

Sampai ofis je ramai terkejut, yang sekali pandang jadi dua kali pandang, yang tak pernah pandang pun pandang (macam nampak alien gamaknye). OMG.. OMG.. (Ye ye saya tau korang pelik tengok muka saya kan.. kan.. Lagi terkejut tengok tangan saya yang mengembang ni kan).

Tak kurang jugak yang offer jadi nurse untuk pecahkan air kat tangan yang menggelembung ni. Saya tau korang geram2 kan tengok macam nak picit2 kan. Takpe2, nanti saya jumpa authorized doktor untuk pecahkan (Cakap je ni tapi nak peginye ntah bile sebab takut sakit. Ngeeee...). Kalo doktor bagi bius, nak je saya suruh doktor tu pecahkan. Huhu...

Yang tak bole tahan, bos besar tegur "MasyaAllah. Kenape dengan muka tu? Ape jadi kat u? Siape buat u macam ni?". Jenuh saya nak cerita balik semua (Lepas cerita, bantai kena gelak haku). Haha. Nak buat macam mana, benda nak jadi. Redha je la. Ada hikmahnya tu...
Malam tadi saya jadi bahan cerita housemate2. Cerita air panas, minyak panas, wap panas semua keluar. Mana taknye, tangan dengan muka saya jadi sasaran (Nasib ko la cik niza oiiii). Antara ayat2 "pedih", "Dah macam kena dera pulak tengok muka niza ni, bengkak kat mulut, pipi, mata, dahi". Saya nak senyum pun kena cover. Sakit ooooo tepi mulut ni.

Bangun pagi tadi, hidung terbau2 something, "Huh, fogging lagi. Tiap2 minggu nak fogging. Time2 cuti ni la nak fogging segala".

Hari ni duduk rumah sorang2. Bukan saje2 duduk rumah. Dah ade list nak buat ape, report IBM UP, slide RAD. Hopefully siap petang ni.

Hari ni dah 26hb, means bulan oktober dah nak habis. Report bulan ni tak buat lagi. Esok kat ofis baru buat sambil fikir "Ape aku nak merepek2 dalam report bulan nih?". Takpe, tu esok punya cerita. 
Saya ambik MC dua hari gara2 terkena minyak panas. Tak pernah2 ambik MC, tetibe hari ni MC. Huhu. Cerita bermula ketika sedang menggoreng keropok lekor yang housemate saya beli kat Pahang (kalo keropok lekor tu bukan favourite saya, takde la rajin bebenor saya nak masuk dapur menggoreng bagai). Time goreng kali kedua keropok tu meletup2 melambung keluar dari kuali, buka satu tapi enam yang melambung keluar. Bunyi meletup yang sangat kuat sampai satu rumah bole dengar. Minyak panas menggelegak dalam kuali terkena tangan, muka, peha, dan hampir2 kena mata. Sibaik kena atas mata bawah sikit dari kening (ala, tempat tepek eyeshadow tu). Macam mana kena kat peha, tidak pula ku tahu. Housemate yang cuba nak tolong pun terkena sekali (sori Kak Pah + terima kasih sebab tolong kemas dapur balik  dan jadi St John ambulans kejap untuk sapu ubat). Terasa macam ada orang sayang pulak. Hahaha. Padahal ngada2 je lebih. Eh, tapi betul. tak tipu. Memang sakit yang amat.  Hui mak aii. Menggeletar tangan kiri macam kena Parkinson. Muka dah rasa panas, pedih2. Huhuhu. Tetibe terus terfikir, tangan kiri - toilet, toilet - tangan kiri (korang fikir la sendiri betapa seksanye).

Pagi tadi jumpa doktor mengadu la sakit pedih bagai.

Doktor : Sakit apa ni?
Saya    : Tangan, muka saya terkena minyak panas. Bla...bla....bla.....
Doktor : Saya bagi antibiotik dengan krim ye.
Saya    : Tangan saya rasa pedih. Nak tulis pun tak bole.
Doktor : Oooo, awak left handed ke?
Saya    : A'aa. Saya left handed.
Doktor : Ok2. Saya bagi MC. Awak rehat kat rumah.
Saya    : Thanks doktor.  

Tangan yang semakin bengkak dan menggelembung...






Time tulis entri ni, tangan kiri memang dah menggelembung. Rasa macam nak picit2 bagi air dia keluar. Muka pun dah rasa bengkak2. Tekan keyboard pun guna sebelah tangan. Huhuhu. Redha je la...

Dapat MC terus telefon ibu...

Saya : Ibu, akak tak keja hari ni.
Ibu   : La, nape?
Saya : Dapat MC. Kena minyak panas. Bla...bla...bla...
Ibu   : Lain kali hati2.
Saya : Bukan akak goreng tak betul. Keropok tu yang salah sebab die yang meletup.
Ibu   : Keropok tu pulak yang salah.
Saya : Ni kalo ada parut ni macam mana?
Ibu   : Takpe. Kurang sikit hantaran. Hahahahaha... Biase kalo macam tu takde kesan parut. Kulit tu tanggal sendiri.
Saya : Oooooo. Fuhh, sibaik. Kalo tak, takde orang nak masuk meminang akak la macam ni. Hahahaha.

Agak lama jugak kami bersembang tadi. Saya memang suke gaduh dengan ibu. Cakap mesti nak menang. Bukan gaduh betul2 pun, gaduh2 manja gitu. Hehehe...

p/s : Sikit punya lama nak taip entri ni... Ya Allah, sembuhkanlah tangan ni. Nak guna untuk cari rezeki... To my dear Aleya, sori terpaksa tangguh buat development yang sepatutnya start hari ni. Rabu ni kite sambung ek... 
Salam dan salam sejahtera semua,

Seminggu lebih tanpa entry baru. Rindu nak bercerita dalam blog. Huhu.. Meh sini nak story sikit pasal bakal penyewa baru di rumah saya.

Balik2 keja semalam, housemate saya cerita gelagat bakal penyewa baru rumah sewa kami. Ada 2 orang datang tengok rumah semalam.


Bakal penyewa 1 : Seorang RA di sebuah IPT berdekatan.

"Nampak je saya pegi keja pakai tudung, tapi saya kaki clubbing. Lagi satu, kalau saya moody, saya takkan bercakap dengan semua orang dalam rumah ni. Saya agak messy sikit. Tapi jangan risau, saya akan mengemas setiap hujung minggu."
 

Bakal penyewa 2 : Seorang student di sebuah IPT.

"Bole bawak lelaki masuk dalam rumah ni tak??"

Dua2 direject. Tau dah sebab ape kan. Walaupun rumah kami, masing2 buat hal dan kepala sendiri, tapi takde lagi yang kaki clubbing dan balik lewat malam. Lelaki pun tak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam rumah kami. Itu peraturan sejak dari dulu sampai sekarang.

Nasib baik tau awal2 sebelum kami accept as new housemate. Penting tu sebab semua nak hadap muka dia setiap hari. Jangan rumah dah siap pahat berbunyi, keluar cerita2 belakang, jadi tak sedap pulak kan.
Unit : Section Technology Management
Department : Regional Network Operation (IP Network)
Position : AM Network Integration
Location : Level 3, Unit Data, TM Bukit Timbalan


p/s : Semoga urusan dipermudahkan. Aminnn......
Perkara pertama : "Kasih sayang anugerah yang tidak ternilai"
Syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas pada hari ini dan dapat merasa kasih sayang daripada ibu dan ayah, adik beradik, dan teman2. Pengalaman lepas banyak mengajar erti kesabaran, persefahaman, dan kepercayaan.  Walaupun adakalanya kurang menutur bicara, tapi "Less conversation is better to make us appreciate each others".


Perkara kedua : "Hidup umpama roda"
Hidup diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar ke atas dan ke bawah. Putaran itu merupakan suatu perjalanan hidup menuju Pencipta. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.


Perkara ketiga : "Ilmu dan amal"
Mencari hala tuju dalam hidup untuk dibuat bekalan. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang tidak tahu. Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan untuk ganjaran akan datang. Harus berDUIT - berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakal.


Perkara keempat : "Perubahan yang lebih baik"
Jika mahu berubah kepada keadaan yang lebih baik, lakukan dengan ikhlas, analyze dengan kerendahan hati, berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah, the next chapter will be blessed.


Perkara kelima : "Saling mengingati"
Lupa adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Kadang kala terleka dan alpa dengan tanggungjawab. Manusia hanyalah insan biasa yang banyak kelemahannya. Masih mencari yang terbaik dalam kehidupan dan untuk dibuat bekalan menghadap Pencipta.

 

p/s : Sentiasa mengingati pesan ayah yang sentiasa di bawa ke mana-mana saja... 3 benda penting yang perlu dijaga oleh seorang perempuan. Jaga maruah diri, jaga aurat, jaga solat...
Malaysia Career & Training Fair 2010 / Post Graduate Education Fair 2010

Date: 8 – 10 October 2010
Time : 10 AM – 7 PM
Location : Halls 1, 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre
 
More info, please visit :
Salam dan salam sejahtera semua,

Ni cerita Isnin minggu lepas. Tak kisah la nak kata dah basi ke ape ke, yang penting blog ni tempat untuk saya "baling" + "campak" segala cerita yang bole dikongsi. Berbalik pada cerita 27 September lepas, sampai je ofis pagi tu, benda pertama yang dibuat ialah check semua emel include emel yahoo. Dan saya sangat2 terkejut bila dapat notification email from yahoo "How to reset your Yahoo! password".

Tarikh dan masa suda dipadam


Setau saya, kite akan dapat emel macam ni bila klik "I can't access my account".


Bila saya baca dari atas sampai bawah, mata mula tak berganjak dari ayat ni "You recently requested a new password to sign in to your Yahoo! account". Otak terus fikir, "Aku tak pernah request ape2. Bila masa aku request untuk reset password emel ni? Tarikh request pada 26 September 2010 jam 5.01 petang. Time ni aku dalam tren". Terus hati rasa berdebar2. Dug dag dug dag. Siapa yang request ni???

Sepantas kilat terus tukar password for security purpose.

Banyak persoalan bermain dikepala. Siapa dan kenapa mesti saya??????

p/s : Saya minta maaf jika ada tutur kata saya yang pernah mengguris perasaan, andai ada yang pernah terasa dengan sikap dan perbuatan saya, atau apa-apa kesalahan yang menyinggung sesiapa sama ada secara sedar atau tidak. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari Jumaat, 2 Oktober 1998, jam 6.45 petang ketika saya baru pulang dari sekolah agama...
 
Adik  : Nape muka ibu berkerut-kerut? Ibu sakit ke?
Ibu    : Takde ape2 la. Masuk mandi pastu siap2 pegi mengaji.
Adik  : (Masuk tanpa banyak tanya).


 
Balik dari mengaji...

Ayah  : Along duduk rumah jaga adik. Kunci semua pintu. Ayah nak hantar ibu pegi hospital. Ibu dah sakit nak bersalin.
Along : Ayah balik tak?
Ayah  : Nanti ayah telefon.
Adik  : Kite nak dapat adik ek ayah (ntah ape2 soalan saya tanye time tu).
Ayah  : Doakan ibu selamat ye.



Jam 10.25 malam melalui panggilan telefon...

Ayah  : Ibu dah bersalin. Dapat adik perempuan..
Adik  : Adik?? Nape panggil dia adik???
Ayah  : Sebab adik dah jadi kakak. Kejap lagi ayah balik rumah.


 
Selepas beberapa hari...

Adik  : Ibu, nape orang selit2 duit kat tepi bantal baby ni?
Ibu    : Tu duit sedekah. Orang bagi dekat baby. Sekarang dah kena panggil adik ni "kakak".
Adik  : Hah??!! Kakak!!! Tak nak!!! Tak nak!!!
Ibu    : Jangan cakap kuat2. Nanti adik bangun.
Adik  : Huhhh (Merajuk konon protes tak puas hati). Sikit2 baby, sikit2 adik.



Syawal 1431H ketika menonton tv...

Kakak : Bagi remote tu kat akak. Asyik tengok kartun je.
Adik   : Mana boleh!!!
Kakak : Kejap je la!!! (Terus ambik remote dari tangan adik)
Adik   : Kakak ni!!!!!!!!!!!!


 
Tibe2 ayah muncul...

Ayah  : Gaduhkan ape tu???
Kakak : Ni ha. Asyik tengok tv je. Pi baca buku sana. Nak exam dah kan.
Adik   : Elle, nanti, jap lagi laaa.
Kakak : Kite minta remote die tak bagi. Pastu kite ambik je la.
Ayah  : Ni siapa kakak, siapa adik ni?
Kakak : Tu kakak (sambil menunjuk jari kat adik). Ni adik.
Ayah  : ?????


Macam ni la life saya dengan adik. Hari2 bergaduh if duduk rumah. Gaduh2 pun i tetap sayang u my dear. Masa die baru lahir, saya memang agak jeles. Yela kan. Semua bagi perhatian kat die.  Rase macam disisihkan. 12 tahun saya jadi anak bongsu ibu dengan ayah, tetibe ade orang "merampas" kedudukan saya. Huhuhuhu... Dengan paksa dalam rela, lama2 saya dah bole sesuaikan diri dengan panggilan "kakak".

Hari ni birthday adik saya. Happy birthday my little sis. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga dapat capai impian yang kakak tak dapat semasa umur kamu ye. Aminnn....